[Nasihat]-Jodoh ditentukan oleh Allah swt ketika berumur 4bulan di dalam kandungan Ibu | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

23 January, 2012

[Nasihat]-Jodoh ditentukan oleh Allah swt ketika berumur 4bulan di dalam kandungan Ibu


Jangan usah kita risau soal jodoh kerana jodoh kita sudah tertulis di luth mahfuz. Begitu juga dengan ajal, maut dan rezeki. Jodoh langsung tak ada kene mengena dengan keturunan hanya belum sampai masa atau serunya. Ada orang jodohnya cepat kerana jambatannya singkat. Ada orang jodohnya lambat adalah kerana jambatannya panjang.



Kalau lambat jodoh kita, minta lah di lewat solat-solat kita doa yang seikhlas mungkin. Berdoa dan bersujudlah KepadaNya memohon jodoh. Sesungguhnya Allah swt itu maha mendengar. dan apa yang berlaku dalam hidup kita dah tertulis di atas sana.  wallahualam.



Ingat hadis nabi :
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sekiranya dia jodohku, dekatkanlah hati kami. Titipkanlah perasaan cinta kami terhadapMu lebih tinggi dari perasaan cinta antara kami.Ameen :P

1 comment:

  1. ada la tuh,cuma kena rajin jumpa yang esa mintak petunjuk....ya allah pada mu aku berserah..

    ReplyDelete

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...