Urgh..
Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik Hashim. Tak tahu cane nak
terangkan kat dia.. Yup, Izzah dan Husna memang kembar, seiras giler. Aku pun
tak tahu kat mana beza diorang. Pakaian pun sama pesen. Mungkin itu la hasil
didikan ayah diorang. Yang lain aku tak sure la. Percakapan ke, perangai ke..
Aku tak tahu. Ketika pernah bersemuka ngan kedua-duanya sewaktu hari
pertunangan kami lebih 2 tahun lepas pun, memang tade beza. Cuma hari tu Izzah
pakai grand sikit sebab dia yang nak tunang mase tu.. Huhu. Kalau family
diorang kata yang ni Izzah, yang tu Husna, aku memang terima bulat-bulat je.
Tapi, bukan paras rupa yang menjadi sebab aku sukakan Izzah.
Walaupun ade orang lain yang seiras dia, mereka tetap bukan Izzah!
"Pakcik, mereka bukan orang yang sama. Izzah tetap Izzah.
Saya sendiri tak tahu cane nak terangkan, nape saya suka dia. Tapi bukan
semata-mata kerana rupa dia. Walaupun mungkin dia tak secantik dia dan Husna
skarang pun, saya tetap akan cintakan dia..
Saya tak tahu pakcik, tapi saya seperti dapat rasakan yang Izzah
masih ada.. Dan saya takkan cari pengganti dia...", ringkas aku terangkan
pada pakcik Hashim.
"Hahaha.. Kau cakap macam orang dah tak siuman! Kan dia dah
tak ade.. Jangan siksa hidup kau macam ni sekali", kata pakcik Hashim
sambil tersenyum kelat, dan raut wajahnya tampak agak kecewa.
Dia sambung lagi, "Tak ape la nak, pakcik tak halang. Bukan
hak pakcik pun. Cuma pakcik kesian, Husna pun, tengok kau macam ni.. Menanti
bunga yang dah lama mati!".
Rupanya Husna ada disebalik langsir dapur rumah. Aku terpandang
dia. Kelihatan matanya kemerahan, namun cepat-cepat dia masuk semula ke dapur.
Mungkin dia kecewa mendengar apa yang aku katakan tadi. Maafkan aku Husna.. Aku
rasa tak mampu untuk menyintai orang lain, selain adik kau Izzah. Dan aku pun
tak mahu kau cintakan aku atas dasar simpati, bukan ikhlas dari hati.
Takdir yang menentukan, pertemuan aku dan kalian berdua. Takdir
jua yang menentukan, tiada jodoh aku dan antara kalian. Tapi walau cuma seketika
pertemuan aku dengan arwah Izzah, bagiku sungguh bermakna!
Malam-malam aku kat kampung, aku akan online lagi.. Aku pun dah
lupa, berapa kali aku pernah hantarkan surat kepada emel arwah Izzah. Tapi
selepas tu, aku cuma menulis di facebook saja. Lantak la sape yang nak baca.
Aku bukannya letak nama betul pun. Yang penting aku dapat luahkan saja apa yang
terbuku dalam hati. Bila ntah nak balik JB smula keje..
Tetiba aku dapat satu mesej - daripada Husna. Dia nak jumpa aku!
Uish, tak penah-penah pun sebelum ni. Mungkin dia nak dengar sendiri ape yang
aku penah cakapkan tempoh hari, tentang keputusan aku. Boleh je kalau nak
jumpa. Aku setuju.. Cuma jauh dalam hati, aku tetap bimbang bila nanti
bertentang wajah dengannya. Maklum la, dia tetap seiras arwah Izzah. Wajah itu
pasti akan membuat aku jadi sayu.. "Ala, aku lelaki kot!! Sorok je la
perasaan tu, buat muka biasa-biasa je!", pujuk aku dalam hati.
Keesokannya, kami bertemu. Dia datang bersama adik bongsunya.
Mungkin dirasakannya adiknya takkan mengerti apa yang akan kami bincangkan..
Sekadar menemani. Dan memang betul, Husna nakkan kepastian tentang pendirian
aku.
"Betul awak nak tunggu Angah (nama panggilan Izzah) sampai
bila-bila?", tanya Husna. Pertanyaan yang aku dah agak.
"Em..", jawab aku ringkas.
"Tapi dia kan dah mati!", tiba-tiba Husna kelihatan
emo.
"Aku tak rasa dia dah mati..", balas aku.
"Betul ke memang tiada orang mampu ganti Angah? Ape
lebihnya Angah??", pertanyaan susulan Husna yang juga sudah aku duga.
"Tak tahu.. Aku tak tahu kenapa aku cintakan dia. Dan tiada
orang yang boleh tempat dia!", jawab aku sedikit tegas. Husna sudah pun
lama mengalirkan air mata. Tapi aku tak pasti kerana apa. Serba salah lak aku
jadinya.
"Kalau pun Angah masih hidup, tapi dia cacat, dah tak
cantik, awak masih nakkan dia??", tiba-tiba Husna bertanya lagi.
Namun kali ni aku tak mampu untuk terus menjawab. Soalan itu
benar-benar buat aku tersentak. Rasa marah pun ada. Kenapa Husna sanggup tanya
sampai camtu sekali? Nafas aku cuba kawal sementelah ia tiba-tiba menjadi
pantas. Lidah aku kelu untuk berkata-kata. Bukan masih tiada jawapan, tapi aku
betul-betul tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mulut Husna.
"Kenapa kau tanya camtu??", aku tanya balik dengan
berbaur agak marah.
"Jawab je la! Kenapa tak jawab?", Husna membentak
balik.
"....", aku masih tak mampu redakan perasaan marah
bercampur geram..
"Kenapa Husna tanya camtu?", aku bertanya semula solan
tadi. Tapi dengan nada lebih perlahan.
"Sebab awak kata, kalau dia tak cantik pun awak tetap
cintakan dia, kan?", jawab Husna lemah.
Tanpa sempat aku nak jawab, Husna menyambung kata-katanya.
"Husna minta maaf, Husna tanya sebab kecewa.. Husna fikir awak boleh
terima Husna sebab wajah seiras ngan Angah. Tapi rupa-rupanya Angah lebih
istimewa berbanding wajah dia...", terang Husna. Lalu dia terus berlari
meninggalkan aku, tanpa menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Kemudian
adiknya juga berlalu ke arah Husna.
Malam itu, malam terakhir sebelum aku balik semula ke JB. Ketika
asyik menyelak 'home' facebook, tiba-tiba aku terlihat akan sebuah gambar, ada
2 orang wanita. Salah seorangnya berkerusi roda. Sekali terpandang aku nampak
cam biasa je. Tapi hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Aku amati semula gambar
tadi, seakan-akan mengenali salah seorang wanita itu. Pada gambar yang tak berapa
jelas itu, kelihatan ada kesan parut pada wajahnya.
Tapi yang lebih mengejutkan, orang yang ditag pada gambar itu
adalah orang yang selalu comment, beri kata-kata semangat pada aku di facebook.
Aku kembali ingat, dia kata dia lumpuh kedua-dua kakinya. Aku buka profilnya,
dan aku lihat lokasinya adalah Dublin!! Lebih mengejutkan bila kau terbaca
salah satu statusnya;
Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin
sia-sia..
Ungkapan itu sama dengan antara bait-bait surat yang pernah aku
hantar pada emel arwah Izzah selepas kematiannya! Mustahil ada orang lain yang
membacanya. Aku jadi makin teruja. Aku kembali
amati gambar tadi betul-betul, dan aku tersentak lagi bila tersedar
pemakaiannya sama saja seperti Husna dan Izzah!
Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku waktu itu. Tiada siapa pada
masa itu. Lalu tanpa aku sedar, air mata jantan aku menitis. Lagipun sudah
lewat malam. Tanpa membuang masa, aku terus comment pada gambar itu.
"Maaf, adakah nama awak Izzah?".
Namun agak sekian lama aku tunggu, tiada yang membalas. Sudah
hampir jam 4 pagi, tapi aku masih tetap tunggu. Lalu aku terfikir untuk solat
sunat hajat pada masa itu jugak. Aku panjatkan doa benar-benar pada Allah -
jika itu Izzah dan jika dia masih hidup, berilah aku petunjuk dan pertemuan
dengannya. Jika bukan, berikanlah padaku kesabaran dan kekuatan untuk terima
semua ini.
Selesai saja solat, aku kembali kepada laptop dan melihat gambar
itu semula. Tapi sayang sekali, gambar tersebut sudah tiada! Nampaknya telah
dibuangkan.. Ya Allah, adakah ini petunjukmu? Adakah itu bukan Izzah?
Tiba-tiba aku teringatkan Husna, terus saja aku telefon dia.
"Hello, Husna? Betul ke...", dengan terburu-buru aku
terus tanya bila Husna menjawab panggilan. Tapi cepat-cepat dia potong
percakapan aku.
"Eh, nape ni pepagi buta call Husna?", kata Husna.
Terus saja lidah aku kelu. Tak tahu mana nak mula balik.
"Ehm.. Izzah belum mati bukan?", akhirnya aku tanya
soalan tu selepas agak lama membisu.
"Hah!!", respon spontan Husna. Nampaknya dia terkejut
dengan apa yang aku tanya. Tapi dia tak terus menjawab, sebaliknya hanya
berdiam diri.
"Izzah belum mati kan?", aku tanya lagi.
"Ape awak merepek ni?", cepat-cepat Husna menyoal aku
balik.
"Aku jumpa gambar dia. Dia berkerusi roda. Ada kesan
kemalangan pada muka dia. Tapi aku yakin itu dia!", jawab aku tegas.
"Baik kau terus terang je..", gertak aku. Tapi tak
lama, Husna mematikan panggilan tanpa sepatah jawapan pun.
Kenapa dia tak jawab langsung? Nampaknya memang ade sesuatu yang
Husna sembunyikan dari aku. Keesokan pagi bila fajar mula kelihatan, aku terus
saja bergegas ke rumah pakcik Hashim. Walaupun wajah aku lesu kerana semalaman
tak mampu tido, namun hati aku terasa begitu segar, berbunga-bunga.. Bagai
mendesak-desak untuk menzahirkan rasa bahagia.
Kelihatannya kedatangan aku memang dijangka mereka sekeluarga.
Pakcik Hashim mempelawa aku masuk. Diajaknya bersarapan, seolah-olah tahu aku
masih belum makan lagi. Tapi aku menolak dengan baik. Terus saja aku membuka
persoalan yang tersimpan sejak awal pagi tadi, tapi persoalan itu bagaikan
telah tersimpan begitu lama! Dan aku tak sabar lagi untuk mendengar jawapan
dari mulut pakcik Hashim.
Namun seperti diduga, pakcik tak terus menjawab.. Dia bingkas
bangun lalu masuk ke dalam. Ingin mengambil sesuatu, sangka aku. Sebentar
kemudian pakcik keluar, dengan membawa beberapa keping surat!
"Ini.. Baca ni, bacalah semua...", kata pakcik sambil
menghulurkan surat-surat tu pada aku. Aku ambil saja semuanya tanpa menyoal.
"a.izzah89@gmail.com??", itulah yang tertera sebagai
alamat pengirim surat-surat tersebut!
Rupanya itu adalah surat-surat yang pernah diemel oleh Izzah
kepada keluarganya. Sengaja pakcik print semuanya untuk aku baca. Satu persatu
aku belek, aku baca sepenuh hati. Ah! Benar telahan aku selama ni.. Izzah masih
hidup! Melihat saja aku selesai membaca surat-surat itu, pakcik Hashim terus
membuka cerita.
"Maafkan kami sekeluarga, nak. Kerana rahsiakan semua ini.
Tapi itulah permintaan Izzah..", pakcik memulakan cerita.
"Memang benar Izzah terlibat dalam kemalangan jalan raya
kat Ireland dulu. Tapi dia tak mati, dia selamat.. Cuma, kedua-dua kaki Izzah
lumpuh, dan wajah Izzah pun cedera jugak akibat kemalangan tu. Sekarang hanya
parut yang bebekas di sisi wajahnya. Izzah dah tak macam dulu, dah tak secantik
dulu. Dia rasa tak layak sangat untuk terus ditunggu kau."
"Jadi dia tekad, dia buat keputusan suruh kami sekeluarga
bagitahu kau yang dia telah meninggal dunia. Itu lebih baik bagi Izzah, kerana
dia tak mahu menjadi beban kepada kau. Dia harap kau dapat cari pengganti yang
lain, sementara dia terus menetap kat kat untuk menjalani rawatan. Lagipun
teknologi perubatan di sana lebih baik dan Izzah sendiri pun memerlukan
sokongan moral dari sahabatnya di sana, kerana dia sendiri pun bakal menjadi
seorang doktor. Alhamduillah, semuanya berubah menjadi lebih baik. Izzah pun
semakin pulih dan selalu berhubungan dengan keluarga melalui emel."
"Tapi lepas sekian lama, kau masih tak berubah untuk
menunggu dia. Jadi, Izzah meminta kakaknya Husna untuk cuba memenangi hati kau
dan menjadi penggantinya. Tapi rupanya kau tetap menolak. Kau masih anggap
Izzah akan kembali."
"Adakah sampai saat ini kau masih cintakan Izzah?",
tanya pakcik Hashim mengakhiri penjelasannya.
Aku masih buntu sejak tadi, bila mendengar penjelasan tu. Tak
tahu cane nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Sedih, marah, gembira,
bersyukur, semua bercampur. Doa aku selama ni akhirnya Allah makbulkan. Izzah
belum mati.. Izzah masih hidup!!
"Izzah kat mana skarang pakcik?", tanya aku tanpa
mempedulikan pertanyaan pakcik Hashim tadi. Pakcik Hashim menarik nafasnya
panjang-panjang.
Lalu, "Angah! Keluar nak...", panggil pakcik Hashim.
Ya Allah! Aku terkejut mendengar panggilan itu. Angah itu Izzah!
Hati aku jadi tak keruan. Aku tak tahu nak cakap ape, nak buat ape.. Sebentar
kemudian, kelihatan suatu susuk tubuh manusia keluar dari tirai biliknya,
dengan berkerusi roda yang disorong oleh Husna. Ya Allah.. Ayatul Izzah!
Rupanya Izzah baru saja pulang ke tanah air setelah proses
pemulihannya selesai di sana. Dia akan terus berehat dan dirawat di sini hingga
benar-benar pulih.
Aku tatap wajah Izzah dalam-dalam. Dia masih tertunduk.
Lama-kelamaan baru berani mengangkat wajahnya, perlahan-lahan.. Pada wajahnya
telah tertumpah air mata. Pada wajahnya juga terlihat akan parut kesan
kemalangan. Namun tidaklah seteruk mana bagi aku. Akhirnya terbit juga senyuman
diwajahnya. Itulah senyuman yang pernah aku lihat ketika pertama kali bersua
dengan Izzah di dalam bas dulu. Tetap sama! Aku hanya mampu tersenyum kembali.
Aku bersyukur padaMu, Ya Allah!!
Akhirnya, aku dan Izzah bersatu jua! Kami diijab-kabulkan pada 4
Januari 2014, sebulan selepas pertemuan itu. Pada hari bersejarah itu, masih
terngiang-ngiang kata-kata pakcik Hashim (opss, skarang dah jadi ayah);
"Mula-mula dulu, kau yang nak uji Izzah. Kemudian, Izzah
pula yang uji kau.. Hahaha".
Kata-kata itu aku sambut dengan gelak ketawa. Tapi Izzah yang
berada di sisi aku tak memahami maksud ayahnya. Lagi la membuatkan aku dan
ayahnya ketawa besar.
"Kalau kau nak tahu, laki kau sekarang ni dah tak bawak bas
dah.. Dia bawak kertas-kertas lukisan lak skarang..", kata ayah yang masih
mahu berlapik-lapik. Izzah masih kelihatan bingung. Rupanya mati-mati dia
sangka aku masih seorang driver bas. Pandai betul ayahnya simpan rahsia.. Haha.
Kesian plak tengok dia blur-blur, jadi aku pun explain la..;
"Dulu awak bertunang dengan seorang driver bas. Tapi hari
ni awak berkahwin dengan seorang arkitek..", terang aku dengan senyuman.
"Kalau awak tak faham gak, nanti malam ni saya citer okeh?
Cuma satu saya nak bagitahu awak, terima kasih kerana menerima saya
seadanya...", kataku.
.... Inilah jalan cerita hidup aku. Alhamdulillah sekarang kami
hidup bahagia sebagai suami isteri.. Saling melengkapi :) End of story.
p/s:terima kasih kepada pembaca setia cerita nie.Sori lambat update sebab terlalu sibuk pikir exam sebelum nie.Teruskan menyokong Blog Ice Ketul.Jgn lupe like untuk mendapat update terkini di Facebook.
typo "kat kat"
ReplyDeletehappy ending. nice
hehe..tq..
Deletegood husband... stay faithful to ur wife oke? smoga bahagia..untung izzah:) amin:)
ReplyDeleteallah..... bestnya story nih... nape saya baru jumpa ekk
ReplyDelete