Lame tak update cite sebab baru abis exam......teruskan layan ceritera Aku Driver Bas Je di sinie.
...
Jenazah Izzah
telah selamat dikebumikan di sana, menurut pakcik Hashim. Kebetulan urusan di
sana dipermudah kerana Izzah punya banyak kenalan orang tempatan. Lagipun jika
dibawa pulang ke Malaysia, akan memakan masa yang agak lama. Sedangkan jenazah
sebaiknya dikebumikan secepat mungkin.
Hari-hari aku
selepas itu juga berubah. Ketika itu aku dah pun tamat pengajian dan telah
bekerja. Jadi aku bercuti agak lama untuk berada di kampung dan selalu
menziarahi keluarga pakcik Hashim. Hanya itu yang mampu aku buat untuk
memberikan semangat pada mereka. Seisi keluarga terutama Husna sangat terkesan
dengan pemergian Izzah, apatah lagi pusaranya pun tiada di sini sebagai
pengubat rindu. Kehilangan adik kembarnya sangat mengejutkan dia. Kami semua
hanya mampu berdoa selalu agar roh arwah Izzah aman di dunia sana. Aku?
Aku rasa
terkilan sangat, kerana kami tak pernah berhubungan. Tapi mungkin itulah yang
terbaik untuk kami. Aku masih ingat, hanya 2 kali arwah tersenyum pada aku -
ketika pertama kali berjumpa dalam bas, dan ketika dia menghidangkan minuman
sewaktu aku mengajar tuisyen di rumahnya.
Ketika hari
pertunangan pun, dia hanya menundukkan pandangan, langsung malu untuk
bertentangan mata dengan aku. Begitu juga sewaktu menghantarnya 'kali terakhir'
di lapangan terbang dulu.. Tiada senyuman, sekadar merenung kepadaku. Tapi,
raut wajahnya tetap jelas dalam ingatan aku.
Aku sendiri tak
sangka, yang aku tersangat memikirkan arwah. Hinggakan.. Aku menulis surat dan
hantar ke emel dia! - walaupun aku tahu tiada siapa yang akan membuka, atau
membacanya..
Buatmu.. Ayatul Izzah binti Mat
Hashim,
Maafkan aku kerana tetap menulis
perasaaku
Walaupun dulu kau pernah menegahku
Walaupun ku tahu kau takkan
membacanya
Tapi aku sudah buntu mahu meluahkan
pada siapa
Maafkan aku tetap memikirkanmu
Walaupun kau telah pergi jauh dariku
Walaupun sudah tiada lagi jodoh kita
berdua
Tapi aku sudah buntu untuk
melupakanmu
Maafkan aku tetap menyintaimu
Walaupun kita tak pernah bercinta
dulu
Walaupun pertemuan kita cuma sekali
dua
Tapi aku sudah buntu untuk membuang
perasaan itu
Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia
Tapi aku sudah buntu untuk menyintai
wanita selainmu..
Salam sayang, dan kita tetapkan
bersatu.
Tak lama selepas
itu, keadaan menjadi semakin pulih. Aku pun dah kembali bertugas. Keluarga
pakcik Hashim pun semakin baik keadaannya. Sejak peristiwa itu sampai sekarang,
hal perkahwinan aku dan arwah Izzah langsung tak disentuh. Mungkin pakcik
Hisham tahu yang aku memang mengerti dan tade ape yang boleh mengubah takdir.
Hampir setahun
berlalu.. Aku kini gemar berfacebook, seperti orang lain gak kot. Aku banyak
meluahkan isi hati aku kat sana. Tulisan aku seolah-olah tersangat 'down'
dengan apa yang menimpa. Yang membuatkan hati aku sedikit gembira, ada sorang
friend yang sangatlah suka memberi motivasi pada aku. Dia selalu ingatkan,
musibah yang kita lalui mungkin jauh lebih kecil berbanding orang lain. Menurutny,
dia sendiri pun diuji dengan kedua-dua kakinya lumpuh. Mujurlah dia punya
sahabat-sahabat yang selalu membantu dan memberikan sokongan.
Antara yang dia
penah tulis, "selalulah berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan
ditunjukkan hikmah atas apa yang terjadi. Orang yang bersabar pasti akan
menerima ganjaran yang setimpal oleh Allah.."
Suatu hari
ketika aku balik kampung bercuti, aku singgah jap ke rumah pakcik Hashim. Dalam
borak-borak kosong tiba-tiba dia tanya pasal arwah. Sebak gak la aku rasa.
"Kau dah
ade pengganti Izzah?", tanya dia.
"Ntah la
pakcik, tak terfikir pun.. Saya rasa takde orang boleh ganti dia", aku
jawab dengan nada yang lemah.
"Kalau
Husna?", pakcik Hashim tanya lagi.
"Hah!
Husna? Bukan dia dah ada pilihan dia sendiri ke pakcik?", aku masih
terkejut dengan pertanyaan tu.
Sambung pakcik,
"Itu dulu.. Tapi dia bagitahu pakcik, dia sayu, kagum melihat kesetiaan
kau pada arwah Izzah. Kau tetap macam dulu, seolah-olah kau sedang tunggu dia
pulang semula. Tapi itukan tak mungkin berlaku.. Mungkin Husna dan Izzah tu 2
orang yang berbeza. Tapi mereka adik beradik kembar, wajah mereka seiras. Kalau
Husna dapat menggantikan tempat Izzah di hati kau, dia sanggup!"
[to be continued
- last episode!!]
sedeh wo..bila nak ending ni..
ReplyDelete