Pemilihan media pengiklanan yang tepat dan bersesuaian dengan blog anda dapat memastikan anda menjana pendapatan yang maksimum pada setiap bulan.
6 Media Pengiklanan Untuk Blogger Tempatan
Mungkin ramai yang tidak tahu, Malaysia pernah memiliki 10 media pengiklananseperti yang dilaporkan oleh Amanz.my sebelum ini namun semuanya sudah hilang tanpa berita. Website mereka ditutup! Yang masih bertahan sehingga kini hanyalah Nuffnang, Innity dan Advertlets dengan penambahan 3 media pengiklanan baru yang memeriahkan lagi dunia blogging.
- Nuffnang
Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Selain pengiklanan berasaskan blog, Nuffnang juga adalah sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi. Nuffnang menggunakan CPC dan memberikan buffered earnings kepada publisher mereka.
Dunia blogger juga pernah kecoh dulu dengan penubuhan Team Klik-klik Nuffnang dimana mereka menggunakan cara yang kotor untuk mendapatkan earnings- “U click me, and I click U”. WTH!!
- Innity
Innity menyediakan teknologi pemasaran online dan juga sebagai agensi pengiklanan kepada jenama global. Dengan menyediakan iklan jenis CPM, CPE,CPC, Innity menyediakan pilihan iklan yang pelbagai untuk publisher mereka (blogger). Ini bermakna blogger boleh mencuba iklan yang mana lebih berkesan untuk blog mereka dan seterusnya memaksimumkan pendapatan blog mereka.
Untuk menjadi publisher di Innity, anda hendaklah mempunyai minimum 100,000 Pageviews dan 20,000 Unique Visitors sebulan. Jika tidak permohonan anda akan ditolak.
- Advertlets
Advertlets dimiliki oleh Josh Lim & Associates. Ianya menyediakan iklan jenisCPC dan juga CPM untuk para blogger. Dan amat-amatlah sesuai untuk blogger yang memiliki hits traffik yang tinggi.
Namun, reputasinya sedikit sebanyak menjadi persoalan apabila ada beberapa blogger termasuklah pemilik Oh! Media, Khai, pernah membuat kenyataan bahawa Advertlets lambat dari segi membuat pembayaran sehingga mengambil mase hingga berbulan-bulan dan ada antara mereka tidak mendapat apa-apa bayaran terus walaupun sudah menghubungi pihak advertlets.
- Mangga Ads
Mangga Ads yang sudah semestinya dimiliki oleh Mangga Online-website gossip artis tempatan. Pada awal pelancarannya, dilihat ia mampu menewaskan media pengiklanan yang lain namun kelihatan para blogger mula beralih arah kepada media pengiklanan lama mereka. Kata mereka Mangga Ads hanyalah indah khabar dari rupa.
- 701Panduan Ad Network
701Panduan Ad Network dimiliki oleh 701Panduan Sdn Bhd yang bertapak di Kuala Lumpur. Walaupun banyak kelemahan yang dapat dilihat pada sistem login serta dashboard namun ia tidak menghalang blogger yang menguna media iklan ini menjana pendapatan dan menerima bayaran iklan mereka.
Sebelum ini, 701Panduan Ad Network memberikan bayaran RM0.30 per klik kepada publisher mereka namun pada 1 Mei 2011, mereka telah menukar jumlah per klik kepada RM0.10 sahaja.
- Adsniaga
Adsniaga yang dimiliki oleh Portalniaga.com adalah iklan berdasarkan teks yang sama macam Google Adsense. Adsniaga juga baru melancarkan iklan banner ‘Leaderboard (728 x 90)’ mereka yang pertama. Iklan berformat teks amatlah sesuai dimasukkan ke dalam artikel anda kerana ia akan mengaburi penglihatan pembaca dan seterusnya mendapat banyak klik (sama macam teknik Adsense).
INFO
CPC = Cost per click
CPM = Cost per impression
CPE = Cost per engagement
Hits Traffik Adalah Penting!
Apa yang paling penting dalam menjana pendapatan (blog) dengan media pengiklanan adalah hits traffik (pelawat blog). Red Mummy sendiri pernah menyatakan bahawa semakin tinggi hits traffik, semakin bertambah pendapatan blog anda. Dan blog Red Mummy sendiri menjadi blog kegemaran untuk advertiser beriklan kerana mempunyai nilai conversion rate yang tinggi.
Dan janganlah pula anda klik pada iklan di blog anda sendiri. Ianya melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh setiap media pengiklanan. Silap haribulan anda akan diban daripada media pengiklanan yang anda sertai itu. Jadi, berbloglah secara berhemah .
No comments:
Post a Comment
Your Point Of Views..