10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012 | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

18 December, 2012

10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012

10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012



  1. SAPS
  2. Gangnam Style 
  3. 9GAG 
  4. Proton Preve
  5. Zalora 
  6. Zerg Rush 
  7. Rotikaya 
  8. Adam Dan Hawa 
  9. SPLG 
  10. Bersih 3.0


Di tangga pertama adalah SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, iaitu sebuah sistem penyemakkan peperiksaan pelajar bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Ia menjadi popular mungkin kerana keprihatinan kebanyakkan ibubapa yang mahu melihat pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan di sekolah.

Di tangga kedua ialah Gangnam Style yang memang mencetuskan fenomena luar biasa, bukan setakat di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ramai yang nampaknya nak tahu apa yang istimewanya Gangnam Style ini.

Manakala 9GAG pula popular kerana ramai yang mungkin mahu mencari bahan lawak ketawa untuk pengisian hari-hari suram. Blog HH pun selalu dapat trafik kerana 9GAG ini, dan pernah beberapa kali laman web 9GAG menjadi antara penyumbang trafik terbanyak di blog.

Proton Preve yang menjadi antara model kereta nasional terhangat di pasaran automotif Malaysia juga banyak dicari oleh orang ramai dalam carian Google pada tahun 2012 ini. 

Termasuk dalam senarai pencarian paling popular Google Malaysia adalah Zalora, serta Adam dan Hawa.

Satu lagi carian paling popular adalah sistem SPLG iaitu satu sistem untuk guru-guru Malaysia. Ia merupakan sistem online untuk latihan guru Malaysia.

Tapi paling menarik antara banyak-banyak kata kunci carian popular di Google Malaysia ialah Zerg Rush. Kalau anda tak tahu apa itu Zerg Rush ... anda klik pautan berikut: Zerg Rush

Ok. Dah nampak kata kunci paling popular tak nih? Jadi bolehlah anda jadi satu trending pula untuk blog anda bagi mendapatkan trafik akhir tahun!

Sumber: Zeitgeist 2012

No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...