Sambungan...
Laaaaaa...
Rupa-rupanya dia nak minta tolong ajarkan anak dia Nisa tu mengaji ngan aku. Sebab biasanya Nisa pun mengaji kat masjid seminggu sekali. Kalau aku dapat ajar, makin selalu la Nisa mengaji nanti, kata ayahnya. Pertanyaan tadi tu gurauan je katanya. Huishh, ni mesti adik aku yang citer kat si budak Nisa tu. Jadi semenjak tu Nisa pun join la ngan adik-adik aku mengaji Quran malam-malam..
Dah hampir setengah tahun aku dok kat kampung ni, keje jadi driver, mengajar tuisyen, itu ini.. Alhamdulillah duit simpanan pun makin bertambah. Dapat la tolong abah sket beli keperluan rumah, belanja adik-adik..
"Simpan la duit kamu ni elok-elok.. Nanti nak sambung belajar esok-esok, senang sikit", kata mak bila aku nak hulurkan sedikit duit gaji aku. Huhu. Insyaallah aku simpan elok-elok. Walaupun dalam hati nak sangat beli iPad 2! Hahaha. Lek luu..
Tiba lagi giliran buat tuisyen kat rumah Nisa. Dan seperti yang aku harapkan, Husna keluar lagi membawakan minuman. Cuma kali ni dia nampak lain sket, senyum pun biasa-biasa je..
Aishh.. Aku ni dah salah niat nih. Datang sini nak mengajar ke nak tengok dia?? Ya Allah luruskanlah niat aku ini... Amiin.
Ok la aku ngaku la, first time tengok dia aku da mula sangkut a.k.a. minat. Orangnya sedap mata memandang, sopan je, pakaian terjaga, labuh. Dengar citer belajar pun hebat jugak. Family dia pun baik, mudah mesra.. Ape lagi nak? Tapi tak tau la dia sangkut x kat aku.. Huhu.
Tapi dah lama sangat aku tak terserempak ngan Husna kat dalam bas. Tapi kat rumah dia ade je. Mungkin tak terkebetulan kot. Aku lak makin lama makin rapat ngan ayah dia. Oh lupe, aku panggil dia pakcik Hashim. Tak tau la, serasi kot. Minat kitorang pun sama, Formula 1 ngan bola. Haha. Kadang-kadang dia ajak aku keluar tengok bola skali kat kedai makan. Dia kata kat rumah tak best, sebab tade anak lelaki dewasa. Anak bongsu dia je lelaki. Tu pun baru darjah 4.
Pernah gak dia berseloroh ngan aku, "Kau ni dah ade perancangan nak kawin ke? Umor makin bertambah. Muka hensem cani, dah ade calon ke?" Belum sempat aku jawab, dia sambung lagi, "Kalau takde, anak pakcik pun ramai.. ngahaha", katanya dengan muka selamba... Perghh! Terus aku tak terjawab. Aku sedar dia gurau-gurau je pun.
Akhirnya setelah masa pantas berlalu, adik aku, Nisa dan kawan-kawan seangkatan diorang pun dah tak lama nak exam SPM.. Lagi seminggu. Masa tu pun dah tade tuisyen, sebab elok diorang praktis sendiri. Itu pun aku cakap banyakkan rehat, tak payah lagi praktis banyak-banyak.
Jadi, tugas aku sebagai cikgu tuisyen pun kira selesai lah. Cuma bawak bas ngan ngajar mengaji Quran je skarang. Aku plan sampai awal tahun depan je, sebab nak sambung balik tahun akhir aku kat UTM. Tapi sebelum tu, ada 2 perkara lagi tak setel....
Satu petang yang dingin beserta angin sepoi-sepoi bahase, (ayat novel) aku memberanikan diri mengajak pakcik Hashim keluar lepak-lepak. Dia kata lepak je kat rumah dia, senang.. Tapi aku lak yang segan, so aku ajak jugak dia keluar. Padahal aku nak tanya dia pasal Husna! Ngeh3...
"Hahahaha.. kau suka Husna ke? pakcik ingat yang sorang lagi..", jawab pakcik Hashim setelah aku berterus-terang.
"Aik, sorang lagi yang mane? Takkan si Nisa kot? Budak lagi tu", bisik hati aku..
"Alhamdulillah, pakcik pun memang berkenan ngan kau ni. Cuma iye la, kami ni pihak perempuan, segan nak bertanya dulu. InsyaAllah, nantii pakcik tanyakan pada Husna. pakcik rasa dia pun takkan menolak..", kata pakcik lagi yang memberikan 1001 harapan pada aku. Kemudian dia citer la serba sikit pasal Husna, kat mana blajar, dan bla bla bla..
Dalam hati takyah citer ar, hepi giler, rasa nak peluk je pakcik Hashim kuat-kuat! Sempoi la pakcik. Jauh di sudut hati, aku syukur sangat pakcik hashim sudi terima aku, walaupun sorang driver bas henti-henti je. Skarang tunggu jawapan daripada Husna je!
Aku bagitau, kalau Husna setuju, aku nak minta mak ayah aku datang merisik dan bertunang hujung tahun ni.. 3 hari lepas tu, akhirnya keluar jugak keputusan daripada Husna.
Dan jawapannya adalah... MENOLAK!!
Aku ingat lagi, tarikh hari tu 11 November.. Suatu tamparan yang sangat hebat pada aku. Tipulah kalau aku kata, dulu aku yakin 100% Husna akan terima aku. Tapi aku sangat-sangat berharap dia akan terima... Arghh!!
Dan yang lebih memeritkan, alasan yang Husna beri adalah - kerana aku cuma driver bas je! Ayah dia pun tak menyangka akan keputusan Husna ngan alasannya itu. Tapi dia tak mahu memaksa. Jadi dengan berat hatinya semua ini disampaikan sendiri oleh pakcik Hashim kepada aku.
"Jangan kuciwa sangat nak, insyaAllah ada yang lebih layak menanti kamu.."
bes bro citer kamo...huhu
ReplyDelete