[Ceritera Cinta]-Aku Driver Bas Sekolah Je Part 2 | Ice-Ketul Crewz

[ Tutup/Close ]

28 August, 2011

[Ceritera Cinta]-Aku Driver Bas Sekolah Je Part 2

SAMBUNGAN DARI PART 1 DI http://yongsaiyo.blogspot.com/2011/08/ceritera-cinta-aku-driver-bas-sekolah.html...


Ni sambungannye.......

[Sambungan..]

Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje.

“Oo.. kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.

Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai okeh..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.

Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku. Sorang demi sorang.. tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.

Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. siang bawak bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Malam selainnya ngajar adik-adik mengaji Quran..  Alhamdulillah, adik aku sorang ni form 5 dan ade 3 orang kawan dia berminat belajar ngan aku. Sume pompuan, senang sket sebab adik aku pun pompuan. Nasib baik silibus zaman aku ngan skarang tak banyak beza sangat, cuma dalam BI je. Kadang-kadang tu semput gak nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat diorang, “Err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.

Jadi 4 orang ni, gilir-gilir buat kat rumah masing-masing. Kali ni wat rumah kawan yang ni, len kali wat kat rumah kawan dia yang lain lak. Fair la kan? 

Satu malam, kami buat tuisyen kat rumah kawan adik aku yang nama Nisa. Bukanlah kali pertama buat kat situ, tapi malam itu la aku pertama kali terserempah ngan kakak dia. Sebab dia tolong bawa keluar air minuman untuk kami. Nama ape ntah.. Pastu dia tegur aku, "abang (dia panggil aku abang lak - sesuke je) ni yang bawak bas tu kan?" Teet! Sah-sah la aku tak penah ingat dia, sebab kan ade berjuta-juta (tipu) penumpang setiap hari.. Mane la aku perasan.

Melihatkan aku membuat muka blur-blur, dia mula kelihatan serba-salah, takut tersalah orang. Mungkin jugak dia rasa malu sebab selamba je tanya aku camtu. Jadi aku cepat-cepat mengiakan. 

"Haah, saya la tu, yang bawak bas.. Tapi maaf la saya memang tak perasan cik, ramai penumpang kan..?" Aku ceritakan perkara yang sebetulnya.. Dia membalas dengan anggukan, senyum lalu bingkas masuk ke dapur.. Agaknye malu lagi la tuu.. Pastu aku sambung mengajar seperti biasa.

On de way balik rumah, aku terus soal siasat adik aku.

"Teh (nama panggilan adik aku) kenal kakak Nisa tu? Tau nama dia?".

"Nisa tu kan member kamceng orang, mesti la kenal kakak dia. Nama dia... kak Husna", adik aku citer.

"Ooo member kamceng Teh ke?.. Abang ingat member kambing.. haha", aku cuba melawak untuk tutup ke-excited-an aku.. Harap-harap adik aku tak perasan. Hahaha.

"Eeee loyar burok la abang ni.. Nape, suka akak Husna ke?", direct je adik aku tanya..

"Ishkk takde la.. Tapi, si Nisa tu tau ke abang ni driver bas? Teh penah citer kat dia pasal abang?"

"Tak penah citer pun, dia pun tade tanya. Cuma orang cakap abang terer Add Maths dulu, tu je."

"Okeh, good3! Teh jangan citer tau pasal abang, pasal pengajian abang, pasal keje driver bas tu sementara je.."

"Huh? Iyo laa.."

Lebih kurang seminggu lepas tu, aku terserempak lagi ngan si Husna tu. Kali ni dalam bas aku. Barulah aku ingat, dia la yang satu-satunya ucap "bang, time kasih ye" ketika bas rosak tempoh hari.. Ooooo. Kami cuma berbalas senyum je la, nak borak kang keadaan tak mengizinkan. Rasa taknak je ambik duit tambang dia, nak belanja. Tapi nanti kalau penumpang lain nampak, kontroversi lak.

Malam tu aku dapat satu panggilan, suara macam pakcik2 je. Ooo, ayah Nisa rupenye. Dia tanya aku boleh mengaji Quran kan? Alamak, tetiba lak pakcik nih. 


[bersambung lagi...]

2 comments:

  1. yg ke5 mqne ? , .

    ReplyDelete
  2. mane sambungan cerita aku hnye pemandu bas

    ReplyDelete

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...