[ Movie Trailer]-Hantu Bonceng Preview. | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

26 August, 2011

[ Movie Trailer]-Hantu Bonceng Preview.

hantu-bonceng-poster


Tajuk filem pun dah menarik didengar iaitu "Hantu Bonceng".Dengan zizan sebagai pelakon utama mesti ramai yang tak kering gusi kalau menonton cerita nie seperti yang dilakonkan  oleh zizan ketika membintangi  filem KL GANGSTER.Ketika Ice berada di  pawagam untuk menonton cite KL GANGSTER suasana dalam pawagam sentiasa  riuh dengan lawak zizan dalam cite tu.


Ice harap filem nie dapat menjadi box-office.Marilah sama-sama kita menonton filem nie di pawagam sebagai tanda sokongan kita kepada pembikin filem di Malaysia.


Lihat sinopsis dan video trailer untuk filem nie dibawah.Video trailer cite nie nampak best sgt2.Tak sabar nak tgk kat pawagammmmmm...jom meng-NGAUMMMMM


Sinopsis
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.


Video trailer





No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...