[Ceritera]-Peneman Istimewa Apabila Susah Kita Cari | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

01 February, 2013

[Ceritera]-Peneman Istimewa Apabila Susah Kita Cari


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

[sekadar renungan] Pengisian istimewa hari Jumaat penghulu segala hari.Pengkongsian mengenai sebuah cerita pendek mengenai dua sahabat  bercerita tentang teman istimewa yang akan dicari bila susah.Semoga kita dapat megambil pengajaran dari kisah di bawah.

Layan....

gambar hiasan


Suatu pagi A ingin membaca alQuran. Selesai saja dibacanya 1 mukasurat, mahu diteruskan ke mukasurat seterusnya. Namun hatinya tiba2 menjadi sebak. Tanpa disedari, mulutnya terkumat-kumit mengucap istighfar. 

A tak mampu menyambung bacaan alQuran sedang mulutnya terus beristigfar. Selama berbelas-belas minit, mulutnya bagaikan tak terkawal. Hampir saja dia menangis mengenangkan peristiwa itu.

Sahabatnya B mendekati A apabila mendapatinya sedang bersedih. Lalu A memberitahu, dia jarang sangat membaca alQuran. Hanya saja dicarinya alQuran ketika dirinya dalam kesusahan dan mahu mencari ketenangan.

Ketika diambil dan dibaca terus alQuran itu, mulutnya bagaikan merasa tersangat malu dan tak layak kerana sekian lama tak menyebutnya. Sedangkan hati mungkin tak menyedari hal itu. Mungkin kerana itulah mulutnya tak mampu meneruskan bacaan, sebaliknya terlebih dahulu beristigfar semahunya. Akhirnya hatinya juga sedar akan kesilapannya.. jauh dari alQuran.



pengajaran; jadikanlah alQuran itu temanmu dalam keadaan susah apatah lagi dalam keadaan senang. Semoga kisah  ini dapat membuka hati kita.. 

ASTAGFIRULLAHAL'AZIM! 
ASTAGFIRULLAHAL'AZIM! 
ASTAGFIRULLAHAL'AZIM!!

No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...