[Bola+Video]-Malaysia Layu Menentang Qatar | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

07 February, 2013

[Bola+Video]-Malaysia Layu Menentang Qatar

Harimau Malaya Hilang Taring di Kelayakan Piala Asia 2015

Skuad Harimau Malaya Malaysia menampilkan persembahan hambar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila kalah 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pertama Kumpulan D di Stadium Al-Sadd, Doha, Qatar, semalam. Skuad Harimau Malaya, yang membuka kempen tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali, nyata gagal menandingi setiap gerakan pantas pasukan lawan yang menerima jolokan ‘The Maroon’.

Peluang terbaik untuk skuad negara menjaringkan gol pembukaan hadir pada minit ke-20 namun tandukan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran silang oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri dari sebelah kanan padang sedikit tersasar dari pintu gol pasukan tuan rumah. Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua saling berbalas serangan, namun Qatar terlebih dahulu berjaya berada di depan pada minit ke-54.
Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Khalfan Ibrahim yang terkena barisan pertahanan negara sebelum membias ke sebelah kanan pintu gol Malaysia yang dikawal Mohd Khairul Fahmi Che Mat. Kelekaan barisan pertahanan negara pada minit-minit akhir permainan membawa padah apabila skuad bimbingan Fahad Thani itu menambah gol kedua menerusi jaringan pemain gantian, Yusef Ahmed.

Jurang cara permainan kedua-dua pasukan amat berbeza,Malaysia dilihat tidak yakin ketika membawa bola dan banyak hantaran mudah dipatahkan lawan berbanding Qatar yang banyak menguasai bola.Selepas jaringan pertama Qatar,permainan Malaysia kelihatan ada peningkatan dan banyak juga menguasai bola selepas itu.Tetapi,kesilapan K.Reuben memberi bola kepada pihak lawan pada minit-minit akhir perlawanan menyebabkan mereka  mendapat jaringan mudah.Kedua-dua jaringan yang diperolehi Qatar tidaklah begitu 'style',lebih kepada kesilapan pemain Malaysia.

Bagaimanapun,perlawanan seterusnya Malaysia perlu bangkit jika ingin layak ke Piala Asia.Jika,persembahan sama ditunjukkan lambat lagilah Malaysia ke PIALA ASIA.
Barisan Pemain:
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (kapten), K.Reuben, Mohd Shakir Shaari, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Abdul Hadi Yahya), Azammuddin Mohd Akil, Mohamad Ashari Samsudin (Norfarhan Muhammad), Mohd Amri Yahyah.
QATAR: Qasem Burhan, Abdelkarim Hassan (Mohamed El Sayed), Ibrahim Majed, Ibrahim Al Ghanim (kapten), Khalfan Ibrahim, Talal Al Bloushi, Abdulaziz Al Sulaiti, Khaled Muftah, Hamid Ismaeil, Hasan Al Haydos (Yusef Ahmed), Sebastian
Suria (Magid Mohamed).
Pengadil: Faghani Alireza (Iran)
Berikut keputusan perlawanan Kumpulan D:
Qatar 2 MALAYSIA 0
Bahrain 2 Yaman 0
                                                   VIDEO PERLAWANAN

No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...