[INFORMASI]-BANTUAN LESEN 1MALAYSIA (BL1M) | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

26 January, 2013

[INFORMASI]-BANTUAN LESEN 1MALAYSIA (BL1M)



Kerajaan telah melancarkan Bantuan Lesen 1Malaysia dimana 500 ribu belia bakal mendapat manfaat terhadap insentif BL1M ini. Bantuan  Lesen 1Malaysian ini di khaskan hanya untuk Lesen B2 tunggal. ia juga terbuka pada warganegara malaysia yang berumur 17
hingga 40 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu. Insentif BL1M ini dijalankan disemua kawasan parlimen seluruh negara. Peserta akan menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. Peserta juga berpeluang menduduki ujian komputer bahagian 1 sehingga 3 kali.

Objektif  BL1M
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.
program ini di harap dapat mengurangkan kadar kesalahan jalan raya, dan para belia juga boleh mempelajari tentang peraturan-peraturan jalan raya.

SUMBER:VYREC


No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...