Mesut Ozil: David Villa menghina agama islam, sebab itu saya marah! | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

20 August, 2011

Mesut Ozil: David Villa menghina agama islam, sebab itu saya marah!

Leo Messi menjadi wira Barcelona sekali lagi apabila menjaringkan gol kemenangan sekaligus menyaksikan Real Madrid ditumpaskan oleh seteru utama Barcelona dalam perlawanan SuperCopa di Nou Camp semalam.

Walaubagaimanapun, perlawanan menghiburkan itu dicemari dengan insiden pergaduhan di minit-minit terakhir permainan apabila bintang baru Barca, Cesc Fabregas dikasari pemain Real, Marcelo lalu dilayangkan kad merah oleh pengadil permainan.


Cesc Fabregas dikasari Marcelo

Insiden itu tidak tamat, sebaliknya pemain-pemain dan juga staf kedua-dua belah pasukan dilihat bergaduh antara satu sama lain dan menyaksikan pemain kedua-dua belah pasukan iaitu Mesut Ozil dan David Villa juga dibuang padang.

Rakaman video gagal menunjukkan insiden pertengkaran mereka tetapi berdasarkan sumber memetik bahawa selepas tamat perlawanan Mesut Ozil berkata:

"David Villa menghina agama saya, Islam. Sebab itu saya marah!"
Walaupun berita ini tidak mendapat liputan rasmi akan kebenarannya setakat ini, TETAPI jika benar ia berlaku maka David Villa seharusnya diambil tindakan segera kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan anti-Islam.

Selain pemain, Jose Mourinho juga mencuri perhantian apabila rakaman video membongkarkan beliau sempat untuk mencubit mata pembantu Pep Guardiola, Tito Vilanova. Memetik temu bual Pep selepas tamat perlawanan, beliau nyata tidak berpuas hati dengan tindakan Jose Mourinho itu.

Kesimpulan dari saya, pergaduhan sebegini akan terus berlaku antara Barca dan Real kerana kedua-dua pasukan bermain hanya untuk menang dan tidak boleh menerima kekalahan. Satu pasukan gemar main ganas, satu pasukan suka main drama ala-ala Singa-pura-pura. Memalukan! 

Sekian. 

Sila tonton rakaman video insiden memalukan itu di bawah:







7 comments:

  1. mcm kenal je post ni..hehe

    jgn lupa follow ye

    http://kidomercury.blogspot.com/

    :)

    ReplyDelete
  2. no prob bro...
    gua alwayz follow u..^^

    ReplyDelete
  3. sokong real madrid.....

    btw eh ade bukti ke? xde kluar citer kat paper pun..psl hina islam ni..emm entahlah..

    ReplyDelete
  4. rupanya liga spain pon tak terkecuali drpd konroversi perkauman dan agama..

    ReplyDelete
  5. @amirul amin:islam sentiasa ditentang oleh agama laen.
    @uchi:ad bukti.Sokong PERAK..

    ReplyDelete

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...