[Nasihat]-Di Mana Tuhan Di Hati Kita? | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

28 December, 2011

[Nasihat]-Di Mana Tuhan Di Hati Kita?




Tuhan bertanya: Siapa kamu?
Aku menjawab : Aku pencinta illahi.

Tuhan berkata: Aku tidak bertanya namamu,siapa kamu?
Aku menjawab: aku anaknya si fulan tinggal di A kerja di B.

Tuhan berkata; Aku tidak bertanya orang tuamu,tempat tinggal dan kerja mu,jadi siapa kamu?
Aku menjawab; aku adalah badan ini.

Tuhan berkata; bukan,Aku tidak bertanya badan yg ada padamu,siapa kamu?
Jawab ku; aku adalah rasa.

Tuhan berkata; bukan,Aku tidak bertanya rasa yg ada padamu,siapa kamu?
Aku berkata; aku adalah akal fikiran.

Tuhan berkata; Aku tidak bertanya akal fikiran yg ada padamu,siapa kamu?
Aku menjawab; aku adalah hati.

Tuhan berkata; Aku tidak bertanya hati yg ada padamu,siapa kamu?
Jawabku; aku adalah roh.

Tuhan berkata; bukan,Aku tidak bertanya roh yg ada padamu,siapa kamu?
Aku menjawab; aku adalah hamba-Mu.

Tuhan berkata; Aku tidak bertanya kedudukanmu,siapa kamu?
Lalu jawab ku; aku adalah Diri-Mu.

Tuhan berkata; bukan,Aku tidak bertanya Diri-Ku yg ada dalam dirimu,siapa kamu?
Dalam keadaan bingung,nanar dan sasar,Aku menjawab;
” Tuhan,aku telah menjawab ini,itu tapi Engkau selalu berkata bukan,lalu siapa aku,Tuhan?

Tuhan berkata: Renungkanlah itu,keluarkan dan kosongkan semua yg ada padamu!lepaskan semua atribut yg ada padamu, namamu, badanmu, rasamu, akal fikiranmu, hatimu, rohmu, dan Diri-Ku yg ada didalam dirimu.lepaskan semua maka engkau akan tahu siapa kamu!
Dan Tuhan pun berkata; itulah dirimu!

Setelah itu lalu aku merenung,kemudian aku berkata:
“Tuhan,setelah aku dapat lepaskan semua atribut ku iaitu namaku, badanku, rasaku, akal fikiranku, hatiku,dan rohku.Tapi satu yang tidak dapat aku lepaskan iaitu Diri-Mu,kerana bila aku lepas dari-Mu maka aku akan Hancur, Musnah, lenyap iaitu diri ku, AKU BERSYUKUR menemukan cinta hakiki ini. Terima kasih Allah!
Maka aku berkata; ” Maha Suci Engkau,hanya Engkaulah yang ada,Engkaulah yang kekal”.
Segala sesuatu musnah (tiada) kecuali Wajah-Nya yg kekal.
( Qs.28:88;)

No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...