[Puisi]-Wahai Kaum Hawa Dengarlah | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

15 December, 2011

[Puisi]-Wahai Kaum Hawa Dengarlah




Idea Asal:(anGGur)
Untuk Blog Ice-Ketul




“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Walaupan sudah pelbagai kesilapan yang telah kau lakukan kepada ku,
Namun begitu ku tetap membisu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Itulah perkataan yang sering ku katakan,
Walaupun hati penuh terkilan,
Namun ku harap ini bukan batu loncatan,
Untuk kau terus melakukan kesilapan,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Selalu kau buat aku dalam dilema,
Untuk memilih antara dua,
Sama ada kau ataupun kerjaya,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Tetapi hati ini belum membeku,
Untuk aku korbankan segalanya kepadamu,
Kerana hati ini tetap pada Yang Satu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkanmu”,
Tersenyum ku membaca pohonan maaf yang kau pinta,
Nampaknya suci dan ikhas dari hati,
Akan ku beritahu sesuatu pekara,
Segala kesilapan kau telah lama aku maafi,



“Wahai kaum hawa,aku maafkan mu”,
Setiap tutur kata dan manis bicara
Yang telah kau luahkan tanpa usul periksa,
Kerap membuatkan diriku terluka,
Tetapi hati ini tetap berkata,
“hawa, aku maafkan dirimu”,


Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Sebagai pesanan di hari tua,
Walaupun kau golongan wanita,
Tidak bermakna kau tidak berjaya,
Tetapi perlu kau ingat sesuatu,
Maruah mu itu sangat bernilai,
Jagalah ia jangan tergadai,
Kelak kau yang akan menyesal,

Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Walau apapun yang berlaku,
Walau apapun yang menimpa mu,
Sentiasalah ingat di hati mu,
Tiang agama jadi peganganmu,
Al-quran dan sunnah jadi rujukanmu.




terima kasih  kepada roomate-ku (anGGur) yang menyumbangkan karyanya untuk blog Capuk nie..

2 comments:

  1. wiwiwiwiwiiiittt... anGGur boleh jadi A.Samad Said dah ni.. tak pon anGGur shakespears.. ;P

    ReplyDelete
  2. sangat setuju....karya berkualiti dari AnGGur

    ReplyDelete

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...