Ilmu adalah pengetahuan yang terkesan dihati..
Apabila mempelajarinya mudah diingati..
dan membuahkan peribadi yang baik..
Bertambah baik akhlak si penuntut..
Iman seseorang perlu diuji untuk meningkatkan tahap keimanannya. .
Ilmu juga perlu diuji tahap kefahaman dan penghayatannya. .
Itulah pentingnya PEPERIKSAAN. .
Solat? apa hikmah aku melaksanakan solat?
setiap hari aku bersolat..dan setiap itulah aku perlu lakukan yang terbaik..
Setiap waktu solat dilaksanakan dengan baik..
Apakah zohor boleh disambilewakan?
dan Asar dititikberatkan. .atau subuh dilewat-lewatkan. .
dan maghrib dan Isyak sahaja perlu secara berjemaah?
tidak, setiap kali solat...itulah yang terbaik..
Masa..
Mengapa Allah bersumpah demi Masa?
Pentingkah masa...Masa adalah kehidupan..
Siapa menghargai masa, dia menghargai kehidupannya. .
Oleh itu, wahai saudaraku...
Tuntutlah Ilmu kerana Ilmu itu adalah jambatan menemui CintaNya..
Kerana Ilmu itu sumber kita untuk mengenalNya. ..
Semua Ilmu adalah milikNya...
Ilmu meningkatkan ketaqwaan kepadanya...
Menuntutlah dengan niat mendekatkan diri kepadaNya..
Moga ia menjadi suatu ibadah...
Lakukanlah yang terbaik dalam setiap perkara..
Kita tidak semestinya menjadi yang terbaik...
Tetapi kita ada hak untuk melakukan yang terbaik..
lakukanlah segala yang terbaik untuk TuhanMu..
Sebagai hadiah buatNya yang menyayangimu lebih dari dirimu sendiri..
Lakukanlah yang terbaik sepertimana kau melakukan yang terbaik pada setiap waktu solatmu..
Hargai masa sekarang...
Masa yang berbaki...
Apakah masa ini tidak mencukupi??
Usah berfikiran negatif disaat genting ni..
lakukan sahaja apa yang termampu..dan serahkan kepada Dia untuk menilainya.
Jika kejayaan yang dikecapi...
Tanamkanlah dalam jiwamu bahawa itu adalah lumrah a'lam (nature)
barangsiapa berusaha pasti berjaya..
Usah timbulkan ujub dihati..
kerana itu bukan pakaianmu..
Andai gagal dipenghujungnya. ..
Usah bersedih kerana yakinlah bahawa dirimu telah berjaya dalam medan usaha..
Itulah medan kita sebagai hamba..
Kejayaan itu milik Dia...diberi kepada yang dikehendaki
dan Tiada kejayaan melainkan dengan izinNya..
No comments:
Post a Comment
Your Point Of Views..