SEBELUM SELEPAS
Nguyen Thi Phuong, 26 tahun, berasal dari Vietnam sebenarnya mengalami masalah alahan yang melampau terhadap makanan laut dan menyedari masalah ini sejak tahun 1996 namun tidak mampu merawat penyakitnya kerana dibelenggu masalah kewangan.Suaminya,Thah Tuyen seorang tukang kayu mengatakan yang kejadian ini adalah benar berlaku namun cinta dan sayangnya terhadap isterinya tetap tidak pudar.
Oleh kerana malu kepada masyarakat sekeliling dia selalu memakai topeng dan kini menaruh harapan kepada doktor agar dapat membalikkan semula kesan penuaan. Beliau kelihatan amat cantik pada usia 21 tahunnya di hari perkahwinan pada tahun 2006.
Puan Nguyen berkata: "Lima tahun yang lalu, saya agak cantik dan tidak begitu hodoh seperti ini"
Puan Nguyen percaya keadaan dirinya adalah disebabkan oleh alahan kepada makanan laut sepanjang hayat.
Beliau berkata beliau telah mengalami tindak balas yang teruk pada tahun 2008.
"Saya benar-benar gatal seluruh badan saya. Saya terpaksa menggaru walaupun ketika tidur. "
Oleh kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital beliau terpaksa mencari ubat di farmasi, kesannya kegatalan semakin berkurang tapi tidak sepenuhnya. Dia beralih arah kepada ubat tradisional dan ternyata kegatalan itu menghilang namun sebaliknya yang terjadi ialah kulitnya yang semakin mengendur sehingga dua kali ganda dari sepatutnya.
Doktor berkata kejadian ini mungkin berlaku kerana kesan jangka panjang ubatan tradisional.
No comments:
Post a Comment
Your Point Of Views..