[Artikel]-12 kelompok manusia yang bangkit dari kubur | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

12 October, 2011

[Artikel]-12 kelompok manusia yang bangkit dari kubur


Setelah pulang ke negeri abadi selama-lamanya, iaitu kampung asal kita NEGERI AKHIRAT, bagaimana keadaan kita??? 


DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika
ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari
(yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang
berkelompok-kelompok.”
Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya
mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari
kiamat dalam 12 kelompok.”

        1. Kelompok pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan
kaki, lalu terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia
dulu senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat
baginya.”
        2. Kelompok kedua pula di bangkitkan dalam keadaan berbentuk babi
kerana ketika di dunia golongan ini malas seperti firman Allah: “Celakalah!
Mereka yang mengerjakan solat, iaitu lalai dalam solatnya.”
        3. Kelompok ketiga dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan perut
membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana
ketika di dunia mereka tidak membayar zakat.
        4. Kelompok keempat pula dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan
mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.
        5. Kelompok kelima pula dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai
kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana
takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
        6. Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus
kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.
        7. Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana
selalu berdusta ketika di dunia.
        8. Kelompok kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan
kepala tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya
mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di dunia
golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.
        9. Kelompok kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan
wajahnya yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika
di dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
        10. Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak
kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.
        11. Kelompok kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati,
giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke
perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan
kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati sebelum
sempat bertaubat.
        12. Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan
daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan
melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika
hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima
waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya
ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat.


golongan mana agaknya kita? semua bergantung pada amalan kita.. sama-samalah kita muhasabah balik, mana amalan yang agak-agak boleh mendatangkanKEMURKAAN Allah, cepat-cepat kita tinggalkan, kita tak tahu saat ajal datang bertamu. selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...