Harga kereta kat Malaysia mahal? Sebab ape? | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

16 July, 2011

Harga kereta kat Malaysia mahal? Sebab ape?

Kali ni kita cakap- cakap pasal kereta pulak. Tapi bukan nak specific jenis kereta je. Tapi aku cuma nak kongsi pendapat pasal harga kereta kat Malaysia. Ape yang korang perasan dengan harga kereta kat Malaysia? Murah ke mahal?

Perbandingan aku bila aku search harga kereta Mitsubishi Evo 9 kat internet untuk US market. Baru $24,000. Tapi bila sampai kat Malaysia dah RM 180,000++ . Bukan tu je, bila nak beli kena pulak consider interest rate yang lebih kurang 3%++. Jadi kalau nak bayar untuk tempoh masa 9 tahun interest lebih kurang 27%. Total harga kereta dah mencecah RM 223,200. Bulan - bulan pulak kena bayar RM 2066++. Mahal kan?


Mungkin akan ada orang yang cakap beli ikut kemampuan. Tapi betul ke? Kereta aku Satria Neo harga baru RM 57,000++ , tapi interest nak kena bayar 4% tu dah cecah RM 28,000++. Untuk kereta Malaysia. Bila fikir-fikir balik, sangat tak patut interest yang dikenakan oleh bank. Kira nilai interest yang aku perlu bayar je dah dekat separuh harga kereta.

Apa sebab harga kereta kat Malaysia ni mahal?

1. Aku dengar yang harga kereta import mahal sebab nak jaga Proton, Perodua. Sebab kalau harga kereta import murah, nanti tak ade orang nak beli kereta Malaysia.


2. Nak bagi pemegang AP bisnes. Sebab diorang boleh buat duit dengan jual AP yang diorang ade. Sebab pemegang AP boleh import kereta murah, tapi boleh jual dengan harga 3 kali ganda.

Tu sebab- sebab yang selalu aku dengar. Tapi perlu ke harganya terlalu tinggi sampai macam tu? Bukan apa. Aku kadang- kadang kesian, bila tengok orang yang tak mampu beli kereta. Kadang-kadang tu, satu motor naik sampai 4 orang. Ye la kan, kalau nak beli kereta kancil, tak pun second hand kancil kurang-kurang dah ade dalam 10 ribu. Tu pun kalau kereta tu ok lagi. Tapi kereta Malaysia ni terus terang nak cakap bukan senang nak tahan sampai 20 tahun kan? Hmmmm.







Antara gambar kereta pemimpin negara kita. Jauh nak dibezakan dengan kita kan?... Hmmmm...






kedit to:aizatshafiq.com




signature

1 comment:

  1. Sokong sangat2.Sedangkan kereta tempatan pon mahal.Kereta import toksah nak habaq la.

    ReplyDelete

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...