[ Tutup/Close ]

23 February, 2012

Bersara Dari Dunia Blogging Seketika









 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



Mungkin ini adalah entry terakhir  di dalam blog yang paling disayangi sebelum berehat sementara dari dunia blog seketika.Malas dah nak update blog nie disebabkan kehidupan di universiti kini makin sibuk menguruskan aktiviti hostel.Mungkin lepas nie hanya baca blog orang lain je walaupun rindu untuk update blog sendiri.



Kehidupan ber-blogging ini bermula sejak februari 2010.Kini,sudah genap 2 tahun blog nie diwujudkan.Banyak benda sudah dipelajari sejak melibatkan diri  sebagai blogger dalam dunia blog nie.Daripada tak tahu ape-ape langsung sampai la boleh meng-edit sendiri blog nie mengikut kehendak tuannya.



Selamat tinggal dunia blogging buat seketika........












p/s:terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah di blog nie ....walaupun tersalah link...=)









15 February, 2012

Kreatif-Angry Bird Lepas Perang

Bila pikir balik takkan la Angry Birds takde kecederaan ye tak? Karya Scott Terek




13 February, 2012

[Video]-Baby Comel Ngigau

Sangat Comellllll...rase mcm nak cubit je pipi tembam die...=)..
Silalah layan video baby comel ...












video





12 February, 2012

[Komik]-Maafkan Saya,Mak..


 Ceritera di bawah mengenai seekor anak ayam yang diganggu oleh seekor anjing di satu tempat di atas muka bumi nie....nak tau lebih....layan cite kat bawah nie...=)














P/s:Sayangilah ibu anda selagi mana dia masih ada.Dia lah anugerah paling indah ciptaan untuk kita dari yang Maha Esa.....

11 February, 2012

[Informasi]- Bukti Valentine's Day Dibatalkan 2012

Sesungguhnya menyambut Valentine's Day tu adalah haram..Dan di bawah ini adalah bukti bahawa Valentine's Day tahun ini dibatalkan..Hehehehe...





                                                                     Dreamhost Coupon
valentine-day-haram-2012
Dreamhost Coupon

08 February, 2012

[Lawak]-Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan Pasal Ayam







KFC worker fight with customer in I-City...the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI.." ....


Persoalannya.....
sapa yang harus dipersalahkan??...adakah...

a)pekerja

b)pelanggan

c)Ayam

d)Semua Jawapan di atas.













Jawapan saya:d iaitu semua di atas.hehe






sumber:Facebook

p/s:Buatlah sesuatu kerja itu dengan ikhlas kerana Allah swt.Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

07 February, 2012

[Salam Maulidur Rasul]-Biodata & Salasilah Pemimpin Agung





Sekadar pengkongsian kepada semua mengenai insan yang paling mulia di-sisi ALLAH.






BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Salasilah Hidup Rasullullah SAW

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


p/s:Salam Maulidur Rasul


03 February, 2012

[Informasi]-Budak Tercantik Ditemui Tanpa Sengaja Jadi Fenomena!!


Ketika sedang ber-'blog walking' tadi,terjumpa entri yang menarik  dari blog Xlupa.Entrinya mengenai seorang budak kecik dari China.Gambarnya semakin popular di internet.Dia dikenali dengan gelaran  Little Loli. Ada iras-iras mia sara..=)














Gambar bawah nie lagi comel....






[Fakta Ke Auta]-Definisi SAYANG(sebelum & selepas kahwin)



Apakah definisi sayang sebelum dan selepas kahwin? 

Definasi Sayang | sebelum kahwin

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

Definasi Sayang | selepas kahwin

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

01 February, 2012

[Informasi]-6 Tempat Yang Diharuskan Mengumpat



Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat :
…..وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ……..
Maksudnya : …dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya….
قال الرسول e : إِيَّاكُمْ وَالغِيْبَةَ فَإِن َّالغِيْبَةَ أَشَدُّ مِنَ الزِّنَا. قِيْلَ لَهُ كَيْفَ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ قَدْ يَزْنِي وَ يَتُوْبُ فَيَتُوْبُ اللهُ عَلَيْهِ وَإِنَّ صَاحِبَ الغِيْبَةِ لاَ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَغْفِرَ لَهُ صَاحِبُهُ
Maksudnya: Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. ( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id )
Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu :

1.       Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya.
2.      Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
3.         Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk
4.     Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat
5.  Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya
6.      Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...