[Info]-Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Negara China | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

13 April, 2012

[Info]-Jambatan Terpanjang Di Dunia Milik Negara China




Sekarang banyak perkara yang telah sedikit di dunia telah cuba didominasi oleh negara China. Apa yang tak boleh dibuat China? Nah….sekarang ini, China telah berjaya memiliki dan membuka 
jambatan terpanjang di dunia. China telah membuka jambatan terpanjang di dunia yang mana secara keseluruhannya keseluruhannya berukuran 42Km. 





Jambatan Qingdao Haiwan siap dibina awal tahun 2011 menyambungkan kawasan Bandar Qingdao, daerah Huangdao dan Teluk Jiaozhou. Ya anda tidak silap membacanya. Jambatan Qingdao Haiwan namanya. Mungkin ada yang menyangka Haiwan tu Taiwan, tetapi memang betul pun, Haiwan namanya. Ada sesetengah keretan berita menulis ‘Jiaozhou Bay Bridge’ atau ‘Qingdao Haiwan Bridge’ tidak kisah. Mana-mana pun boleh pakai, sebab ia tetap merujuk kepada jambatan yang sama.




Jangkamasa pembinaan jambatan terpanjang di dunia ini memakan tempoh masa selama 4 tahun bagi menyiapkan jambatan tersebut yang mencapai kos pembinaan sehingga 5.5 billion pound sterling iaitu hampir 3 batu lebih jauh daripada pemegang rekod sebelum ini – Tambak Tasik Ponchartrain di Louisiana, USA








Struktur jambatan tersebut terdiri daripada 2 jambatan selari sebelah menyebelah yang mencatat ukuran panjang sejauh 38.42Km yang mana masing-masing 3 lorong sehala. Dua pasukan pekerja pembinaan telah memulakan kerja-kerja pembinaan sejak tahun 2006 lagi. Seorang jurutera pembinaan jambatan ini berkata bahawa model komputer dan perkiraan adalah sangat bagus tetapi kita tidak boleh terlalu relaks sehingga kedua-dua belah jambatan dipasak bersama.
“Sekalipun perbezaan adalah sebanyak beberapa sentimeter boleh mengundang bencana besar.” Dikatakan jambatan terpanjang di dunia ini telah direka untuk menahan gegaran gempa bumi sehingga 8.0 skala richter!












No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...