5 years ago
30 August, 2011
29 August, 2011
[Video Hangat]-Bila Arsenal Bagi "Change" Kepada Manchester Utd Buh Gol!!
Gol,Gol,GoLLLLLLLLL....
Detail at:http://www.premierleague.com/page/MatchReports/0,,12306~57956,00.html
Jom layan pesta gol MU vs ARSENAL
Senarai Penjaring GOL MU:ROONEY(3 BIJIK),WELBECK,PARK J.SUNG,NANI,YOUNG(2 BIJIK)
ARSENAL:VAN PERSIE,WALLCOTT
Labels:
ARSENAL,
GOL,
MANCHESTER UNITED,
video
[Artikel]-10 "Kebodohan" Malaysia
Seorang blogger Indon mula lagi membuat provokasi dengan menimbulkan pelbagai kenyataan berhubung negara Malaysia. Bila dah selalu sangat ditolong sewaktu ditimpa bencana alam, makin lupakan jasa. Malaysia yang “bodoh” ni juga yang banyak membantu negara Indon.
Malas nak komen panjang-panjang, lihatlah dan bacalah sendiri kat bawah ni.
Aku tetap bangga dengan kejayaan Malaysia di peringkat dunia.Banyak kemajuan di bumi Malaysia dari pemerintahan Tunku Abdul Rahman Ke Datuk Seri Najib.Perpaduan adalah kunci kejayaan Malaysia yang berbilang bangsa dan moga Malaysia terus maju seterusnya membuka mata dunia terhadap Malaysia.SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-54 DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
terimas to:Fuh!
28 August, 2011
[Ceritera Cinta]-Aku Driver Bas Sekolah Je Part 2
SAMBUNGAN DARI PART 1 DI http://yongsaiyo.blogspot.com/2011/08/ceritera-cinta-aku-driver-bas-sekolah.html...
Ni sambungannye.......
[Sambungan..]
Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje.
“Oo.. kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.
Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai okeh..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.
Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku. Sorang demi sorang.. tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.
Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. siang bawak bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Malam selainnya ngajar adik-adik mengaji Quran.. Alhamdulillah, adik aku sorang ni form 5 dan ade 3 orang kawan dia berminat belajar ngan aku. Sume pompuan, senang sket sebab adik aku pun pompuan. Nasib baik silibus zaman aku ngan skarang tak banyak beza sangat, cuma dalam BI je. Kadang-kadang tu semput gak nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat diorang, “Err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.
Jadi 4 orang ni, gilir-gilir buat kat rumah masing-masing. Kali ni wat rumah kawan yang ni, len kali wat kat rumah kawan dia yang lain lak. Fair la kan?
Satu malam, kami buat tuisyen kat rumah kawan adik aku yang nama Nisa. Bukanlah kali pertama buat kat situ, tapi malam itu la aku pertama kali terserempah ngan kakak dia. Sebab dia tolong bawa keluar air minuman untuk kami. Nama ape ntah.. Pastu dia tegur aku, "abang (dia panggil aku abang lak - sesuke je) ni yang bawak bas tu kan?" Teet! Sah-sah la aku tak penah ingat dia, sebab kan ade berjuta-juta (tipu) penumpang setiap hari.. Mane la aku perasan.
Melihatkan aku membuat muka blur-blur, dia mula kelihatan serba-salah, takut tersalah orang. Mungkin jugak dia rasa malu sebab selamba je tanya aku camtu. Jadi aku cepat-cepat mengiakan.
"Haah, saya la tu, yang bawak bas.. Tapi maaf la saya memang tak perasan cik, ramai penumpang kan..?" Aku ceritakan perkara yang sebetulnya.. Dia membalas dengan anggukan, senyum lalu bingkas masuk ke dapur.. Agaknye malu lagi la tuu.. Pastu aku sambung mengajar seperti biasa.
On de way balik rumah, aku terus soal siasat adik aku.
"Teh (nama panggilan adik aku) kenal kakak Nisa tu? Tau nama dia?".
"Nisa tu kan member kamceng orang, mesti la kenal kakak dia. Nama dia... kak Husna", adik aku citer.
"Ooo member kamceng Teh ke?.. Abang ingat member kambing.. haha", aku cuba melawak untuk tutup ke-excited-an aku.. Harap-harap adik aku tak perasan. Hahaha.
"Eeee loyar burok la abang ni.. Nape, suka akak Husna ke?", direct je adik aku tanya..
"Ishkk takde la.. Tapi, si Nisa tu tau ke abang ni driver bas? Teh penah citer kat dia pasal abang?"
"Tak penah citer pun, dia pun tade tanya. Cuma orang cakap abang terer Add Maths dulu, tu je."
"Okeh, good3! Teh jangan citer tau pasal abang, pasal pengajian abang, pasal keje driver bas tu sementara je.."
"Huh? Iyo laa.."
Lebih kurang seminggu lepas tu, aku terserempak lagi ngan si Husna tu. Kali ni dalam bas aku. Barulah aku ingat, dia la yang satu-satunya ucap "bang, time kasih ye" ketika bas rosak tempoh hari.. Ooooo. Kami cuma berbalas senyum je la, nak borak kang keadaan tak mengizinkan. Rasa taknak je ambik duit tambang dia, nak belanja. Tapi nanti kalau penumpang lain nampak, kontroversi lak.
Malam tu aku dapat satu panggilan, suara macam pakcik2 je. Ooo, ayah Nisa rupenye. Dia tanya aku boleh mengaji Quran kan? Alamak, tetiba lak pakcik nih.
[bersambung lagi...]
Labels:
aku driver bas sekolah je,
ceritera cinta
[Video]-Koleksi Lagu Raya Geng 1
Selamat Menyambut Hari Raya Kepada Umat Islam di Seluruh dunia.Moga kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang dan moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.Cepatnya masa berlalu sebulan dirasai seperti sehari,sehari dirasai seperti seminit dan seminit dirasai seperti sesaat dan ingatlah dunia makin menghampiri ke penghujungnya.
Apapun sempena hari raya nie,JOM KITA LAYAN LAGU RAYA KAT BAWAH NIE DULU....
LAYANNNN LU..
ANA RAFALLI-HARI-HARI RAYA
HUJAN FEAT RAIHAN-SALAM AIDLFITRI AYAHANDA DAN BONDA
YUNA-RAYA OH YEAH
Hafiz, Aril, Ayu, Tini & Anne - Hanya Kerana Cinta
Bunga Api Di Hati - SHILA AMZAH, STACY, FARA FAUZANA, ALEYA
Salam Lebaran @ Hangatnya Raya HOT FM
Geng 2 bakal menyusul ..jeng jeng jeng
Labels:
ana raffali,
fara fauzana,
hot fm,
hujan,
lagu raya,
mawi,
video,
yuna
27 August, 2011
[Video]-Penyerang Terbaek Tak Reti Pakai Baju Sendiri??
jom layan video pemain kelab "power" sedang belajar memakai baju sendiri...LAYAAAAANNNN
Labels:
lawak,
manchester city,
video
[Article]-Nuffnang vs Advertlets on Google(who's the best)
vs
Google is very popular search engine to be used to find anything.Just typing on it then it will show many things.OK,lets go to our main topic which is Nuffnang vs Advertlets on Google who's the best among them...Lets ask the Uncle Google for the answer....
Google is very popular search engine to be used to find anything.Just typing on it then it will show many things.OK,lets go to our main topic which is Nuffnang vs Advertlets on Google who's the best among them...Lets ask the Uncle Google for the answer....
Advertlets Auto-complete search queries on Google.
Nuffnang Auto-complete search queries on Google.
who's the best??..u can make ur own judgemnet now..
i prefer to use nuffnang and how aboit u all??..
u have the answer right n tq for coming to this site..
26 August, 2011
[ Movie Trailer]-Hantu Bonceng Preview.
Tajuk filem pun dah menarik didengar iaitu "Hantu Bonceng".Dengan zizan sebagai pelakon utama mesti ramai yang tak kering gusi kalau menonton cerita nie seperti yang dilakonkan oleh zizan ketika membintangi filem KL GANGSTER.Ketika Ice berada di pawagam untuk menonton cite KL GANGSTER suasana dalam pawagam sentiasa riuh dengan lawak zizan dalam cite tu.
Ice harap filem nie dapat menjadi box-office.Marilah sama-sama kita menonton filem nie di pawagam sebagai tanda sokongan kita kepada pembikin filem di Malaysia.
Lihat sinopsis dan video trailer untuk filem nie dibawah.Video trailer cite nie nampak best sgt2.Tak sabar nak tgk kat pawagammmmmm...jom meng-NGAUMMMMM
Sinopsis
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.
Video trailer
Labels:
movie trailer
[Video]-Artis Baru Malaysia "Paling Kreatif"
Sapa bilang artis Malaysia tidak kreatif dalam menghasilkan video klip untuk lagu mereka.Ice nak share video ni untuk menunjukkan artis Malaysia mmg kreatif dengan cara tersendiri.Bukan mudah untuk menghasilkan klip video yang berkualiti macam artis baru nie.
Kalau tak percaya apa yang diceritakan Ice...cuba layan video klip depa...ROLLLLL
Pas tengok video nie mesti korang rasa....
a)nak maki
b)nak penendang
c)nak BOM
d)nak pelempang sekor-sekor.
e)semua jwpan di atas...
p/s:sokonglah industri muzik Malaysia.
Labels:
video
25 August, 2011
[Video]-Games ANGRY BIRD versi "LIVE'
BURUNG MARAH |
Permainan ini juga boleh dikategori menguji minda kerana ia memerlukan kepintaran pemainnya mengagak sudut(angle) yang betul agar tepat ke sasaran.
Justeru itu,pemainan ini direka mengunakan konsep fizik iaitu "Projectile Motion" bagi mengenai sasaran.Pemainan ini sesuai untuk pelajar apply(amal) ilmu fizik mereka.
Jom layan permainan ANGRY BIRD versi "live" yang berlangsung di BARCELONA.
ROLLLLLLLL..
Labels:
video
[Video Lagu Raya]- Zizan Raja Lawak n Kumpulan dari Singapura
Untuk pengetahuan semua Zizan dalam video hari raya ini menyanyi rap bersama SleeQ,Fauzie Laily dan Daly. Mereka ini adalah penyanyi terkenal dari Singapura. Video ini telah diterbitkan oleh Aaron Aziz Production. Mari kita dengarkan lagu bertajuk Raikan Aidilfitri.
Song: Raikan Aidilfitri
Composer/Songwriter: Alif SleeQ, Syarif SleeQ (Magic Potions) & Daly
Singers: SleeQ, Fauzie Laily, Zizan Raja Lawak & Daly
Production & Direction: Aaron Aziz Productions
Composer/Songwriter: Alif SleeQ, Syarif SleeQ (Magic Potions) & Daly
Singers: SleeQ, Fauzie Laily, Zizan Raja Lawak & Daly
Production & Direction: Aaron Aziz Productions
Ini gambar Behind The scenes untuk iklan F&N TVC
Boss sedang buat kerja |
Teka siapa saya? |
Keluarga Aaron Aziz |
P/S:Selamat Hari Raya......smile |
[Ceritera Cinta]-Aku Driver Bas Sekolah Je Part 1
Kerana tersangat muak dengan study kat universiti, aku ambil keputusan untuk break kejap - study leave. Aku pun x tau untuk berapa lama.
Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan dah malas belajar. Tapi aku betul2 nak lari kejap.. release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result yang semester latest memang teruk tahap gaban, x yah citer ah.. Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Maunye beliau x marah.. tapi melihatkan aku ni memang dah nekad, mak akhirnya mengalah gak.
Jadi bermula la hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari study, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi ape aku bleh buat??
Mula-mula ingat nak keje kat supermarket tapi aku ni jenis cepat boring.. Pusing satu supermarket 2 3 kali pun dah boring. Hoho. Nak keje kat pam minyak lak skarang dah tade, sume layan diri. Jadi pelukis jalanan, x cukup konfiden lagi.. Ishk.
Lepas seminggu blur-blur kat rumah,last-last aku gi mintak keje jadi driver bas SKMK (bas henti-henti). Dulu zaman sekolah, selalu gak la aku balik naik bas.. Aku suka perhatikan pakcik driver, kiranya memang admire la keje driver bas nih. Tengok cam best je. Haha. Tambah-tambah bila tengok orang ucap "tima kasih bang.." kat driver tiap kali mereka turun.. Rasa jadi driver bas ni dihargai gak la.. hehe. Jadi ape salahnya aku try. Hmm..
Lepas temuduga, nasib baik aku lepas. Pastu aku ambik ujian JPJ, Alhamdulillah sekali je terus lepas. Jadik untuk permulaan ni, aku cuma bawak bas yang dah agak lama, dan route yang pendek je untuk ke bandar Kota Bharu, bas no. 8. Dalam masa yang sama, aku ulangkaji balik buku Matematik Tambahan, sebab plan nak buat kelas tuisyen persendirian belah malam.. Sekali dua seminggu pun ok gak kalu ade yang berminat. Subjek feveret nih mase sekolah!
Okeh, citer bas balik.. First time bawak bas, mak aih memang jakun & excited sangat! Hahaha.. Senyum je manjang.. Hari first la bas aku hilang side mirror, sebab langgar tiang lampu. Adeh. Penumpang pun agaknye heran tengok aku ni muda-muda dah bawak bas.. Mesti dalam hati diorang cakap, “Siannye budak nih.. mesti ngaji x tinggi, terpakse bawak bas jek.” Ah lantak lah.
Rupanye x la menyeronokkan sangat bawak bas nih. Kadang-kadang aku terlajak stop skit, pun kene marah ngan penumpang. Kadang-kadang brenti awal sikit pon kene marah.. Biasa golongan makcik-makcik la yang camtu, xleh nak cakap ape la. Nanti jadik anak derhaka lak, menjawab orang tua. Hehe. Tadah telinga ajo lah.
Masuk sebulan lebih aku jadik driver, suatu hari tu bas aku rosak. Tiba-tiba mati. Maklum la bas senior.. Penumpang lak penuh! Dah la hujan lebat sangat, Jadi aku x dapat nak turun tengok kat belakang nu ape yang rosak (macam la reti sangat). Aku just call pejabat je suruh hantar bas ganti.
Dalam bas yang tade aircond tu, lama-kelamaan penumpang mula bising, merungut-rungut.. panas la sikit sebab tingkap tutup. Dok borak-borak sesama diorang je.. kecik ati gak la aku, tade pun orang yang borak ngan aku.. mentang-mentang la driver bas buruk je. Aku pakai pun agak selekeh je. X pelah.. Aku pun buat-buat la main henset, tulis mesej, padahal…
Tetiba ade sorang budak pompuan tegur, “Dah lame ke bawak bas, bang?..”. Tekezut punya pasal, terjatuh henset aku. “Err, baru gak la dik.."
… bersambung.
part 2 bkl mnyusul...
Labels:
ceritera cinta
24 August, 2011
[Ceritera Cinta]-Aku dah kawin skarang
Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..
Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..
Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..
Labels:
ceritera cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)