Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu dan guru besar di seluruh malaysia.Semoga anda semua terus berbakti untuk rakyat dan negara yang tercinta.
Jasa anda sungguh besar dan mulia di sisi ALLAH swt.
Sepanjang hidup ini kita belajar dari ramai orang dan alam secara formal atau tidak formal. Guru yang pertama sudah semestinya ibu kita sendiri yang banyak mengajar dan memberi nasihat bagaimana mahu menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.
tugasku kini sebagai guru
setiap hari membelek buku
jam tujuh sudah memandu
pulangnya nanti pukul satu
kerja cikgu memang begini
pulang kerja di tengah hari
tapi petang ke padang lagi
bertugas juga di hari cuti
guru ada bermacam ragam
guru jernih guru yang kelam
ada yang lucu siang malam
ada juga berperangai kejam
guru hanya seorang manusia
salah dan silap ada menjelma
boleh ditegur usahlah dihina
kalau bersalah dihukum juga
aku memang seorang guru
juga belajar daripada kamu
maknanya kita sama begitu
bersama-sama menjadi guru
.
No comments:
Post a Comment
Your Point Of Views..