Ops Sikap hari ke5 mencatat kematian 17 orang. Paling ramai setakat ini sepanjang kempen dijalankan. Memang kalau tengok dari statistik ini, pihak polis traffic tak menjalankan tugas! Semua ops ops tak menjadi. Jadi entry ini aku mahu cadangkan dan aku yakin kalau kesemua langkah ini dijalankan, mesti kemalangan sifar dapat diperolehi!
1 - Sediakan lebuh raya 10 lane sepanjang jalan
Kalau aku jadi menteri pengankutan, tak payah nak peningkan kepala nak kurangkan kemalangan ni. Besarkan semua jalan! Kalau dari Kuala lumpur, semua jalan ke Kelantan, Johor, Perlis kita semua bagi 8 lane. heh, manifesto ni takde pun parti lain buat, kenapa? mustahil ke? Brazil dieorg punya highway 8 lane kot!
2-Bagi makanan di setiap 10 km agar sentiasa segar
Tadi polis traffic di Kuala Krai ada buat benda ni. Sediakan makanan kepada pemandu jalan raya. Tujuan utama nak bagi pemandu berehat sebelum teruskan perjalanan. Memang idea superb. Jadi, untuk jadikan tiada kemalangan tahun depan, kita laksanakan secara drastik, setiap 10 km sediakan pondok bagi makanan ni. amacam? ok kan?
3-Masukkan silibus baru 'kemalangan' dalam SPM
Walaupun ini ambil masa yang lama, lebih baik kita mulakan sekarang. Menteri pelajaran dari nak bincang perlukah mansuh pmr dan upsr, baik tambah satu mata pelajaran baru iaitu subjek 'kemalangan' dalam SPM. Huh, setiap pelajar wajib lulus subjek ni dan jadikan ia satu syarat ke U. OK? Baru nampak kesungguhan kita nak sifarkan kemalangan!
4-Sediakan signboard lucu disepanjang jalan
Signboard yg ada sekarang memang tak best! Contoh nak balik ke Kuala Lumpur dari Ipoh, mesti setiap signboar tulis '20km lagi ke Kuala Lumpr' takpun 'susur keluar ke Kuala Lumpur 500 meter lagi' bosan kan? sebab tu eksiden selalu berlaku. cuba naikkan signboard yang lucu-lucu di sepanjang jalan, bagi cerah sikit mata pemandu tu. barulah kemalangan sifar boleh dicapai. setuju?
Ok
itu saja pandangan aku terhadap cara nak sifarkan kemalangan ni. Memang tak mustahil untuk capai misi ni selagi cara aku bagitau ni dibuat. Buatlah, mesti sifar punya tahun depan!..haha
joegrimjow like this
ReplyDelete