[INFORMASI]-PERMOHONAN PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA 2013 | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

19 January, 2013

[INFORMASI]-PERMOHONAN PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA 2013

Kepada para belia yang berumur dari 18 hingga 29 tahun kini Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah membuka permohonan untuk menyertai Permohonan Program Pertukaran Belia Antarabangsa bagi tahun 2013Program ini adalah antara program yang termasyur dirantau negara-negara  ASEAN,  dimana para belia yang terpilih akan mewakili negara sebagai duta bagi merapatkan hubungan dua hala antara negara-negara ASEAN.

program-pertukaran-belia

Bagi anda  yang berminat dan ingin merasai pengalaman yang berprestij dan berharga anda kini diberi peluang untuk memohon untuk menyertai mana-mana program antarabangsa yang telah ditetapkan seperti dibawah untuk tahun 2013:
  1. Ship For South East Asia Youth Programme 
  2. Malaysia – Fukuoka Youth Exchange Programme
  3. Malaysia – Indonesia Youth  Exchange Programme
  4. Malaysia – Korea Youth Exchange Programme
  5. Malaysia – Singapore Youth Exchange Programme
  6. ASEAN Programmes
  7. CYP  Programmes
  8. Other International Programme
Borang Permohonan Program Pertukaran Belia Antarabangsa bagi tahun 2013 boleh juga didapati melalui:-
  1. Jabatan  Belia dan Sukan Negeri
  2. Majlis Belia Malaysia (MBM)
  3. Badan-Badan Gabungan (MBM)
  4. Pejabat Belia dan Sukan Daerah/Kawasan/Bahagian
  5. Muat turun borang

Pemohon diingatkan supaya  mengikuti semua arahan yang telah ditetapkan bagi tujuan pemprosesan borang. Borang yang diterima akan ditapis dan disaring terlebih dahulu dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat rasmi untuk menyertai Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Bagi tahun 2013. Sebarang maklumat untuk program ini boleh didapati didalam borang permohonan.


CREDIT to :vyrec.com

No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...