Tonton Aksi David Blaine Dikelilingi Elektrik 1 Juta Volt Secara Live di Youtube | Ice-Ketul Sharing

[ Tutup/Close ]

08 October, 2012

Tonton Aksi David Blaine Dikelilingi Elektrik 1 Juta Volt Secara Live di Youtube


Aksi merbahaya yang dikenali sebagai Electrified : One Million Volts Always On ini juga turut boleh ditonton secara langsung (live) menerusi Electrified Youtube Channel. Dalam aksi ini, David Blaine hanya akan dilindungi oleh pakaian khas dan topi keledar berwayar bagi melindungi tubuh, mata dan telinganya.
Acara ini telah ditaja oleh Intel Ultrabook Experience dimana ia turut membolehkan para peminat di negara lain mengawal arus elektrik yang melingkari tubuh David Blaine itu menerusi Intel Ultrabook station di beberapa buah lokasi seperti di Beijing, Sydney, Tokyo dan London. Menurut Intel, projek kerjasama antara syarikat itu dengan David Blaine ini telah diinspirasikan dari sejarah serta keberkaitan antara teknologi, sains dan silap mata yang wujud selama ini.
Sebelum ini, David Blaine juga telah melakukan beberapa aksi yang merbahaya dan menguji ketahanan tubuhnya seperti berada di dalam bongkah kaca yang tergantung di udara selama 44 hari,  berada di dalam bongkah ais selama 63 jam dan ditanam hidup-hidup di dalam keranda berkaca selama seminggu.  Tetapi menurut beliau, aksi “Electrified” ini merupakan antara perkara paling gila yang beliau pernah fikirkan.
Sewaktu post ini ditulis, David Blaine mempunyai masa selama 20 jam lagi untuk menghabiskan aksi merbahaya ini.
Tonton aksi ‘gila’ ini secara live menerusi link Youtube berikut : http://www.youtube.com/ultrabookexperience


credit:BlogKelabWebmaster

No comments:

Post a Comment

Your Point Of Views..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...