[ Tutup/Close ]

19 May, 2011

Kereta masa hadapan(FUTURE CAR) oleh BMW(bahagian 2)


Kereta masa depan yang direka khas oleh BMW.Kereta ini sudah pun dibuat prototype oleh BMW.
Tetapi masih dalam penyelidikan oleh BMW.BerMacam-macam rekabentuk kereta oleh pengeluar kereta utama dunia sekarang adalah ke arah rekabentuk masa depan.


Selamat menikmati gambar kereta masa depan yang direka oleh BMW.








spedometer sangat menakjubkan










bilalah boleh dapat tengaok kereta ni  secara dekat depan mata....=)




AKAN BERSAMBUNG LAGI...TERUSKAN menyokong blog ini..

18 May, 2011

kereta masa hadapan oleh peugeot(bahagian 1)



Kereta yang berbentuk titisan air mata dikenali sebagai Moville.Kereta ini telah direkabentuk oleh Woo Ram Lee untuk Peugeot.


Moville mempunyai satu tempat duduk penumpang.Tiga roda magnetic yang berputar tanpa geseran melalui electromagnetic.Bentuknya lebih aerodinamik apabila di lebuhraya.


Moville mempunyai cermin "sliding" yang mudah untuk masuk dan keluar.

Ciri utama yang terdapat pada Moville lagi ialah ianya dilengkapi dengan rangkaian "wireless".Selain itu,ia juga dilengkapi dengan pelbagai jenis "sensor" untuk mengelakkan kemalangan,kamera dan GPS.


DI BAWAH ADALAH ANTARA GAMBAR REKABENTUK MOVILLE(PEUGEOT)



P/S:tiada yang mustahil di dunia tanpa sempadan ini.ikuti sambungannyalagi nanti..












signature

16 May, 2011

Entry Khas Hari Cikgu...=)





Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu dan guru besar di seluruh malaysia.Semoga anda semua terus berbakti untuk rakyat dan negara yang tercinta.


Jasa anda sungguh besar dan mulia di sisi ALLAH swt.


Sepanjang hidup ini kita belajar dari ramai orang dan alam secara formal atau tidak formal. Guru yang pertama sudah semestinya ibu kita sendiri yang banyak mengajar dan memberi nasihat bagaimana mahu menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.



tugasku kini sebagai guru
setiap hari membelek buku
jam tujuh sudah memandu
pulangnya nanti pukul satu

kerja cikgu memang begini
pulang kerja di tengah hari
tapi petang ke padang lagi
bertugas juga di hari cuti

guru ada bermacam ragam
guru jernih guru yang kelam
ada yang lucu siang malam
ada juga berperangai kejam

guru hanya seorang manusia
salah dan silap ada menjelma
boleh ditegur usahlah dihina
kalau bersalah dihukum juga

aku memang seorang guru
juga belajar daripada kamu
maknanya kita sama begitu
bersama-sama menjadi guru

.









signature

12 May, 2011

(TUTORIAL)-Membina fungsi auto read more pada setiap post

Untuk membina fungsi auto read more ini, sila ikut beberapa langkah di bawah.



p/s: Sila save script template anda terlebih dahulu sebagai backup.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya, tick pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+ F. Seterusnya, taip atau paste kod  pada ruang Find dan kemudian tekan Enter.

Langkah 3

Salin kod yang berwarbna biru di bawah dan pastekan di atas atau sebelum kod 






Langkah 4


Sekali lagi, dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+ F. Seterusnya,  taip atau paste kod pada ruang Find dan tekan Enter.

Langkah 5

Salin kod yang berwarna merah di bawah dan paste(gantikan)  pada kod  







Akhir sekali klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.



CREDIT TO:BLOG TUTORIAL

signature

04 May, 2011

(Lawak) Jika isteri bersuamikan programmer...



Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu fikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari..

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hah..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus.







signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...