Doa Akhir dan Awal Tahun~
hai salam.. salam maal hijrah 1432H, terlambat nak post doa nie awal2. so kepada kawan2 yang belum baca doa awal tahun tu belum terlambat, mari lah kita baca doa sama2 yer. semua kita dilindungi dari segala kejahatan syaitan yang direjam pada tahun nie. Insya-ALLAH.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
wish tahun baru? sangat banyak. yang sipi2..
- semoga aku sentiasa dilindungi dan diredhai ALLAH S.W.T daripada setiap perkara yang dilakukan sehingga lah akhir hayat.
- jadi seorang anak yang boleh dibanggakan oleh Mak nya~ dan balas jasanya sebelum aku tua. :)
- Jika ditakdirkan umur dipendekkan pada tahun ini. semoga aku meninggalkan semuanya dalam iman dan sempat bertaubat.
- diberi petunjuk dan hidayah dan dijauhi dari syaitan yang direjam.
- mengejar kebahagian akhirat dan dihindari dari keindahan dunia yang sangat2 leka.
semoga doa tahun baru berjaya~ amin~ selalu doa awal and akhir tahun mak yang sibuk carikan suruh baca, x pun nenek.. sekarang nenek dah takde. (Y-Y) rindu nenek..nenek tempat untuk bertanyakan pasal agama. (al-fatihah) mak pun duduk jauh di selatan. so pandai2 la cari doa semdiri. pakcik google kan ada. terima kasih pak cik google~ (syukur alhamdulillah dapat family macam nie) (^^) semoga doa korang jugak termakbul. amin.
No comments:
Post a Comment
Your Point Of Views..