[ Tutup/Close ]

24 February, 2013

Burj Dubai Bukan Lagi Yang Tertinggi




Syarikat Britain yang membina bangunan The Shard memperoleh kontrak menguruskan pembinaan bangunan yang akan menjadi binaan paling tinggi di dunia.


Syarikat Mace yang berpangkalan di London memenangi kontrak bernilai 780 juta pound (RM2.4 bilion) membina Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi yang akan mempunyai ketinggian melebihi 999.7 meter.

Buat masa ini, The Shard ialah bangunan tertinggi di Eropah Barat dan Mace turut memainkan peranan penting membina beberapa mecu tanda terkenal di London, termasuk London Eye.

Mace akan bekerjasama dengan syarikat EC Harris dari Britain membina Kingdom Tower yang dijangka siap pada 2018.

Kingdom Tower berukuran 500,000 meter persegi bakal mempunyai ketinggian empat kali lebih tinggi berbanding The Shard.

Bangunan itu menghadap Laut Merah dan dijangka mengambil alih gelaran Burj Khalifa di Dubai sebagai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.

Projek diumumkan bilionair Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal adalah sebahagian projek pembinaan semula utara Jeddah bernilai 13 bilion pound (RM40.3 bilion). Ia akan mempunyai 59 lif dengan pergerekan terpantas pada kadar 10 meter sesaat dan hotel lima bintang Four Season.

15 February, 2013

Gempar- Kejadian Meteor Jatuh Di Russia(Video)

Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.

Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.



Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.



07 February, 2013

[Bola+Video]-Malaysia Layu Menentang Qatar

Harimau Malaya Hilang Taring di Kelayakan Piala Asia 2015

Skuad Harimau Malaya Malaysia menampilkan persembahan hambar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila kalah 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pertama Kumpulan D di Stadium Al-Sadd, Doha, Qatar, semalam. Skuad Harimau Malaya, yang membuka kempen tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali, nyata gagal menandingi setiap gerakan pantas pasukan lawan yang menerima jolokan ‘The Maroon’.

Peluang terbaik untuk skuad negara menjaringkan gol pembukaan hadir pada minit ke-20 namun tandukan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran silang oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri dari sebelah kanan padang sedikit tersasar dari pintu gol pasukan tuan rumah. Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua saling berbalas serangan, namun Qatar terlebih dahulu berjaya berada di depan pada minit ke-54.
Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Khalfan Ibrahim yang terkena barisan pertahanan negara sebelum membias ke sebelah kanan pintu gol Malaysia yang dikawal Mohd Khairul Fahmi Che Mat. Kelekaan barisan pertahanan negara pada minit-minit akhir permainan membawa padah apabila skuad bimbingan Fahad Thani itu menambah gol kedua menerusi jaringan pemain gantian, Yusef Ahmed.

Jurang cara permainan kedua-dua pasukan amat berbeza,Malaysia dilihat tidak yakin ketika membawa bola dan banyak hantaran mudah dipatahkan lawan berbanding Qatar yang banyak menguasai bola.Selepas jaringan pertama Qatar,permainan Malaysia kelihatan ada peningkatan dan banyak juga menguasai bola selepas itu.Tetapi,kesilapan K.Reuben memberi bola kepada pihak lawan pada minit-minit akhir perlawanan menyebabkan mereka  mendapat jaringan mudah.Kedua-dua jaringan yang diperolehi Qatar tidaklah begitu 'style',lebih kepada kesilapan pemain Malaysia.

Bagaimanapun,perlawanan seterusnya Malaysia perlu bangkit jika ingin layak ke Piala Asia.Jika,persembahan sama ditunjukkan lambat lagilah Malaysia ke PIALA ASIA.
Barisan Pemain:
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (kapten), K.Reuben, Mohd Shakir Shaari, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Abdul Hadi Yahya), Azammuddin Mohd Akil, Mohamad Ashari Samsudin (Norfarhan Muhammad), Mohd Amri Yahyah.
QATAR: Qasem Burhan, Abdelkarim Hassan (Mohamed El Sayed), Ibrahim Majed, Ibrahim Al Ghanim (kapten), Khalfan Ibrahim, Talal Al Bloushi, Abdulaziz Al Sulaiti, Khaled Muftah, Hamid Ismaeil, Hasan Al Haydos (Yusef Ahmed), Sebastian
Suria (Magid Mohamed).
Pengadil: Faghani Alireza (Iran)
Berikut keputusan perlawanan Kumpulan D:
Qatar 2 MALAYSIA 0
Bahrain 2 Yaman 0
                                                   VIDEO PERLAWANAN

05 February, 2013

Video-Perbetulkan Bacaan Al-Fatihah bersama Ustaz Don




Mari belajar cara membaca Al-Fatihah dengan betul. Hanya 3 minit diperlukan.InsyaALLAH kita semua dapat manfaat daripada-NYA apabila membetulkan bacaan kita.Amin.

Sedutan daripada Program 30 Minit Ustaz Don Daniyal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...