[ Tutup/Close ]

21 December, 2011

[Nuffnang]-Rezeki Bulan 12 Bersama Nuffnang

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...
Rezeki bersama Nuffnang makin murah.Terima nuffnang kerana memilih blog capuk nie tuk diberikan "Buffering Earning".Lepas ni semangat sikit la nak ber-"Bloging".

Blog nie kembali aktif pada bulan 8(2011).Dimana ketika itu,"Pageview" ketika itu hanya sekitar 17000 yang melawat blog capuk ni.Sekarang pageview blog nie sudahpun meningkat ke 80000+.

Kepada yang sudi melawat/singgah dan juga memberi komen pada "post" yang terdapat dalam blog nie terima kasih sangat2 diucapkan.

-Ice_KeTuL-

nuffnang-memberi-BE

19 December, 2011

[Informasi]-New Header Untuk Blog Capuk

yEah!!!!!!
Alhamdulillah..syukur
Siap jugak Header untuk blog@rumah Lepak-ku.Kini sudah ada bumbung baru yang siap di pasang di blog nie.


"Keep Smile"



^_^

16 December, 2011

[Nasihat]-Aku Tahu Segalanya...

Ustaz-Azhar-Idrus-Lawak

15 December, 2011

[Puisi]-Wahai Kaum Hawa Dengarlah




Idea Asal:(anGGur)
Untuk Blog Ice-Ketul




“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Walaupan sudah pelbagai kesilapan yang telah kau lakukan kepada ku,
Namun begitu ku tetap membisu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Itulah perkataan yang sering ku katakan,
Walaupun hati penuh terkilan,
Namun ku harap ini bukan batu loncatan,
Untuk kau terus melakukan kesilapan,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Selalu kau buat aku dalam dilema,
Untuk memilih antara dua,
Sama ada kau ataupun kerjaya,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Tetapi hati ini belum membeku,
Untuk aku korbankan segalanya kepadamu,
Kerana hati ini tetap pada Yang Satu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkanmu”,
Tersenyum ku membaca pohonan maaf yang kau pinta,
Nampaknya suci dan ikhas dari hati,
Akan ku beritahu sesuatu pekara,
Segala kesilapan kau telah lama aku maafi,



“Wahai kaum hawa,aku maafkan mu”,
Setiap tutur kata dan manis bicara
Yang telah kau luahkan tanpa usul periksa,
Kerap membuatkan diriku terluka,
Tetapi hati ini tetap berkata,
“hawa, aku maafkan dirimu”,


Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Sebagai pesanan di hari tua,
Walaupun kau golongan wanita,
Tidak bermakna kau tidak berjaya,
Tetapi perlu kau ingat sesuatu,
Maruah mu itu sangat bernilai,
Jagalah ia jangan tergadai,
Kelak kau yang akan menyesal,

Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Walau apapun yang berlaku,
Walau apapun yang menimpa mu,
Sentiasalah ingat di hati mu,
Tiang agama jadi peganganmu,
Al-quran dan sunnah jadi rujukanmu.




terima kasih  kepada roomate-ku (anGGur) yang menyumbangkan karyanya untuk blog Capuk nie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...