[ Tutup/Close ]

12 October, 2011

[Artikel]-12 kelompok manusia yang bangkit dari kubur


Setelah pulang ke negeri abadi selama-lamanya, iaitu kampung asal kita NEGERI AKHIRAT, bagaimana keadaan kita??? 


DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika
ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari
(yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang
berkelompok-kelompok.”
Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya
mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari
kiamat dalam 12 kelompok.”

        1. Kelompok pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan
kaki, lalu terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia
dulu senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat
baginya.”
        2. Kelompok kedua pula di bangkitkan dalam keadaan berbentuk babi
kerana ketika di dunia golongan ini malas seperti firman Allah: “Celakalah!
Mereka yang mengerjakan solat, iaitu lalai dalam solatnya.”
        3. Kelompok ketiga dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan perut
membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana
ketika di dunia mereka tidak membayar zakat.
        4. Kelompok keempat pula dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan
mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.
        5. Kelompok kelima pula dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai
kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana
takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
        6. Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus
kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.
        7. Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana
selalu berdusta ketika di dunia.
        8. Kelompok kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan
kepala tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya
mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di dunia
golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.
        9. Kelompok kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan
wajahnya yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika
di dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
        10. Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak
kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.
        11. Kelompok kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati,
giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke
perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan
kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati sebelum
sempat bertaubat.
        12. Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan
daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan
melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika
hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima
waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya
ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat.


golongan mana agaknya kita? semua bergantung pada amalan kita.. sama-samalah kita muhasabah balik, mana amalan yang agak-agak boleh mendatangkanKEMURKAAN Allah, cepat-cepat kita tinggalkan, kita tak tahu saat ajal datang bertamu. selamat beramal.

11 October, 2011

[Artikel]-9 Mimpi Yang Mendatangi Rasulullah S.A.W


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

SABDA RASULULLAH SAW: 
"Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat"

09 October, 2011

[Artikel]-Perbezaan Hukuman Sebat Dalam Islam Dan Hukuman Sebat Sivil



Banyak antara kita masih tidak faham dan tidak memahami hukuman sebat cara Islam dan Sivil. Tak dinafikan juga ada yang mengatakan hukuman Islam itu kejam. Sebelum itu, mari kita memahami perbezaan antara hukuman Islam dan Sivik.
Hukum Syarak

Hukuman Sivil

Hukum Sebatan Cara Islam

07 October, 2011

[Artikel]-Hanya 20 Ikhlas Beriman Kepada ALLAH Dari 1000

Diambil dari Facebook sebagai perkongsian dan renungan bersama.. Hayatilah~~
Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun ..
Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu ..
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..
Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “
“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”
“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”
” Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”
“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”
“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. “
Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..
Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..
Boleh share untuk manfaat bersama~
By: Nur Mujahidah
Fuh! : Maka sembahyang Jumaat tak dapat dilakukan kerana tak cukup syarat 40 orang. Ayuhlah kaum Muslimin, ikhlaskan dirimu di jalan Allah. Yakini janji Tuhan Yang Esa.






Cintailah ALLAH kerana itulah cinta yang hakiki.Dia yang mencipta segala di dunia dan kepada-Nya kita  kembali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...