[ Tutup/Close ]

21 December, 2012

Media Pengiklanan Blog Blogger Perlu Tahu!

Pemilihan media pengiklanan yang tepat dan bersesuaian dengan blog anda dapat memastikan anda menjana pendapatan yang maksimum pada setiap bulan.
6 Media Pengiklanan Untuk Blogger Tempatan
Mungkin ramai yang tidak tahu, Malaysia pernah memiliki 10 media pengiklananseperti yang dilaporkan oleh Amanz.my sebelum ini namun semuanya sudah hilang tanpa berita. Website mereka ditutup! Yang masih bertahan sehingga kini hanyalah Nuffnang, Innity dan Advertlets dengan penambahan 3 media pengiklanan baru yang memeriahkan lagi dunia blogging.
  • Nuffnang

Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Selain pengiklanan berasaskan blog, Nuffnang juga adalah sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi. Nuffnang menggunakan CPC dan memberikan buffered earnings kepada publisher mereka.
Dunia blogger juga pernah kecoh dulu dengan penubuhan Team Klik-klik Nuffnang dimana mereka menggunakan cara yang kotor untuk mendapatkan earnings- “U click me, and I click U”WTH!!
  • Innity

Innity menyediakan teknologi pemasaran online dan juga sebagai agensi pengiklanan kepada jenama global. Dengan menyediakan iklan jenis CPM, CPE,CPC,  Innity menyediakan pilihan iklan yang pelbagai untuk publisher mereka (blogger). Ini bermakna blogger boleh mencuba iklan yang mana lebih berkesan untuk blog mereka dan seterusnya memaksimumkan pendapatan blog mereka.
Untuk menjadi publisher di Innity, anda hendaklah mempunyai minimum 100,000 Pageviews dan 20,000 Unique Visitors sebulan. Jika tidak permohonan anda akan ditolak.
  • Advertlets

Advertlets dimiliki oleh Josh Lim & Associates. Ianya menyediakan iklan jenisCPC dan juga CPM untuk para blogger. Dan amat-amatlah sesuai untuk blogger yang memiliki hits traffik yang tinggi.
Namun, reputasinya sedikit sebanyak menjadi persoalan apabila ada beberapa blogger termasuklah pemilik Oh! Media, Khai, pernah membuat kenyataan bahawa Advertlets lambat dari segi membuat pembayaran sehingga mengambil mase hingga berbulan-bulan dan ada antara mereka tidak mendapat apa-apa bayaran terus walaupun sudah menghubungi pihak advertlets.
  • Mangga Ads

Mangga Ads yang sudah semestinya dimiliki oleh Mangga Online-website gossip artis tempatan. Pada awal pelancarannya, dilihat ia mampu menewaskan media pengiklanan yang lain namun kelihatan para blogger mula beralih arah kepada media pengiklanan lama mereka. Kata mereka Mangga Ads hanyalah indah khabar dari rupa.
  • 701Panduan Ad Network

701Panduan Ad Network dimiliki oleh 701Panduan Sdn Bhd yang bertapak di Kuala Lumpur. Walaupun banyak kelemahan yang dapat dilihat pada sistem login serta dashboard namun ia tidak menghalang blogger yang menguna media iklan ini menjana pendapatan dan menerima bayaran iklan mereka.
Sebelum ini, 701Panduan Ad Network memberikan bayaran RM0.30 per klik kepada publisher mereka namun pada 1 Mei 2011, mereka telah menukar jumlah per klik kepada RM0.10 sahaja.
  • Adsniaga

Adsniaga yang dimiliki oleh Portalniaga.com adalah iklan berdasarkan teks yang sama macam Google Adsense.  Adsniaga juga baru melancarkan iklan banner ‘Leaderboard (728 x 90)’ mereka yang pertama. Iklan berformat teks amatlah sesuai dimasukkan ke dalam artikel anda kerana ia akan mengaburi penglihatan pembaca dan seterusnya mendapat banyak klik (sama macam teknik Adsense).
INFO
CPC = Cost per click
CPM = Cost per impression
CPE = Cost per engagement
Hits Traffik Adalah Penting!
Apa yang paling penting dalam menjana pendapatan (blog) dengan media pengiklanan adalah hits traffik (pelawat blog). Red Mummy sendiri pernah menyatakan bahawa semakin tinggi hits traffik, semakin bertambah pendapatan blog anda. Dan blog Red Mummy sendiri menjadi blog kegemaran untuk advertiser beriklan kerana mempunyai nilai conversion rate yang tinggi.
Dan janganlah pula anda klik pada iklan di blog anda sendiri. Ianya melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh setiap media pengiklanan. Silap haribulan anda akan diban daripada media pengiklanan yang anda sertai itu. Jadi, berbloglah secara berhemah :).

18 December, 2012

10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012

10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012



  1. SAPS
  2. Gangnam Style 
  3. 9GAG 
  4. Proton Preve
  5. Zalora 
  6. Zerg Rush 
  7. Rotikaya 
  8. Adam Dan Hawa 
  9. SPLG 
  10. Bersih 3.0


Di tangga pertama adalah SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, iaitu sebuah sistem penyemakkan peperiksaan pelajar bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Ia menjadi popular mungkin kerana keprihatinan kebanyakkan ibubapa yang mahu melihat pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan di sekolah.

Di tangga kedua ialah Gangnam Style yang memang mencetuskan fenomena luar biasa, bukan setakat di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ramai yang nampaknya nak tahu apa yang istimewanya Gangnam Style ini.

Manakala 9GAG pula popular kerana ramai yang mungkin mahu mencari bahan lawak ketawa untuk pengisian hari-hari suram. Blog HH pun selalu dapat trafik kerana 9GAG ini, dan pernah beberapa kali laman web 9GAG menjadi antara penyumbang trafik terbanyak di blog.

Proton Preve yang menjadi antara model kereta nasional terhangat di pasaran automotif Malaysia juga banyak dicari oleh orang ramai dalam carian Google pada tahun 2012 ini. 

Termasuk dalam senarai pencarian paling popular Google Malaysia adalah Zalora, serta Adam dan Hawa.

Satu lagi carian paling popular adalah sistem SPLG iaitu satu sistem untuk guru-guru Malaysia. Ia merupakan sistem online untuk latihan guru Malaysia.

Tapi paling menarik antara banyak-banyak kata kunci carian popular di Google Malaysia ialah Zerg Rush. Kalau anda tak tahu apa itu Zerg Rush ... anda klik pautan berikut: Zerg Rush

Ok. Dah nampak kata kunci paling popular tak nih? Jadi bolehlah anda jadi satu trending pula untuk blog anda bagi mendapatkan trafik akhir tahun!

Sumber: Zeitgeist 2012

12 December, 2012

Terima Kasih Nuffnang

Alhamdulillah.....




17 November, 2012

Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan





Seruan daripada Allah s.w.t. kepada seluruh mukminin. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan diresapi kekecewaan. Kekecewaan tidak akan bergabung dengan keimanan, kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman serta mempunyai talian dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.


Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza.

Ini adalah kewajiban setiap individu..

  • Qunut - Membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan waktunya kepada orang-orang yang masih belum mengetahuinya.

  • Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan kepada badan tempatan yang menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

  • Mendermalah untuk membeli senarai ubat-ubatan yang diperlukan dan diumumkan oleh persatuan perubatan dan kesatuan doktor-doktor Arab. Menyumbang secara terus samada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan.

  • Bersama-sama turut serta mempersiapkan rombongan (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api).

  • Menyumbanglah dengan darah kamu (Jikalau kamu terhalang untuk berjihad di bumi Palestin, maka menyumbanglah dengan darah kamu untuk menyelamatkan para mujahidin di sana).

  • Luahkan kemarahan kamu dengan segala wasilah yang dibenarkan - sertailah perhimpunan yang disusun secara sah di stadium dan dataran di peringkat negeri atau kebangsaan ataupun di kawasan-kawasan perumahan dan kampung.

  • Paparkan slogan pada banner, bunting atau tulislah dengan tangan kamu sendiri atau sebarkanlah sms dan emel.

  • Tabung Palestin di setiap rumah (Didik anak-anak kamu menabung dari perbelanjaan mereka demi untuk Palestin).

  • Wahai para pemudi dan wanita yang beriman mendermalah dengan barang-barang perhiasan yang kamu miliki.

  • Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh:-

    • Para Pendakwah: Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

    • Ahli Parlimen: Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

    • Ahli Politik dan Parti: Himpunkan ummah untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

    • Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

    • Wartawan: Sertailah dengan kalimah : melalui bahan bacaan ataupun televisyen, sebarkan kepada dunia melalui radio dengan maklumat-maklumat dan juga melalui televisyen mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang berlengah-lengah, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lupa.


Kewajiban secara jama'ie

Semua Kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu masuk ke Palestin dibuka. Dengan izin Allah semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada rakyat Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin.." (At-Taubah : 105)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...