[ Tutup/Close ]

10 December, 2010

Top 8 Celebrity Transformation!



09 December, 2010

BRA TERMAHAL DI DUNIA???(The Most Expensive Bra in the World)


BRA TERMAHAL DI DUNIA???(The Most Expensive Bra in the World)



This remarkable bra costs “only” 2 million bucks. It’s no surprise that honor of wearing it has no one else than one of the most beautiful girls in the world, Adriana Lima. If anyone wants to impress his future wife, than this is a present for that. Maybe the price is a little bigger, but for true love… :D








p/s:dunia makin pelik...macam2 style da kuar...apa lagi lepas nie...

07 December, 2010

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM...TO all MUSLIMS

Doa Akhir dan Awal Tahun~

hai salam.. salam maal hijrah 1432H, terlambat nak post doa nie awal2. so kepada kawan2 yang belum baca doa awal tahun tu belum terlambat, mari lah kita baca doa sama2 yer. semua kita dilindungi dari segala kejahatan syaitan yang direjam pada tahun nie. Insya-ALLAH.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


wish tahun baru? sangat banyak. yang sipi2..

  • semoga aku sentiasa dilindungi dan diredhai ALLAH S.W.T daripada setiap perkara yang dilakukan sehingga lah akhir hayat.
  • jadi seorang anak yang boleh dibanggakan oleh Mak nya~ dan balas jasanya sebelum aku tua. :)
  • Jika ditakdirkan umur dipendekkan pada tahun ini. semoga aku meninggalkan semuanya dalam iman dan sempat bertaubat.
  • diberi petunjuk dan hidayah dan dijauhi dari syaitan yang direjam.
  • mengejar kebahagian akhirat dan dihindari dari keindahan dunia yang sangat2 leka.
semoga doa tahun baru berjaya~ amin~ selalu doa awal and akhir tahun mak yang sibuk carikan suruh baca, x pun nenek.. sekarang nenek dah takde. (Y-Y) rindu nenek..nenek tempat untuk bertanyakan pasal agama. (al-fatihah) mak pun duduk jauh di selatan. so pandai2 la cari doa semdiri. pakcik google kan ada. terima kasih pak cik google~ (syukur alhamdulillah dapat family macam nie) (^^) semoga doa korang jugak termakbul. amin.

tidur???..Bce nie..

sekadar untuk dikongsi bersama semua...^^..

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.

Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;

1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)
2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.

Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.

Yang pertama, tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.

Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.

Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.

Yang  keempat,  tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.

Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada sesiapa pun..
Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..

Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?

Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..

Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur

“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)

Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.

Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

Cara Tidur Yang Betul

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yangtidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Falaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Baca doa tidur

Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

dan Doa bangun tidur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mencuci Tangan Apabila Bangun Dari Tidur

“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.” (Riwayat Muslim)

Syaitan Bermalam Di Dalam Rongga Hidung

“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau letih atau penat macamana sekalipun, jadikanlah amalan ini sebagai suatu kebiasaan sebelum tidur. marilah kita tanya diri kita “Bagaimana aku mulakan tidur dan bagaimana aku bangun dari tidur..?” Apakah yang membezakan tidur seorang muslim dan seorang kafir. Dengan mengamalkan apa yang baginda didik sudah pasti kita tidur di dalam keadaan tenang dan senang hati mengenangkan tidur kita didatangi pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah dalam menyemai sunnah baginda dalam amalan tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...