[ Tutup/Close ]

Showing posts with label DAVID VILLA. Show all posts
Showing posts with label DAVID VILLA. Show all posts

20 August, 2011

Mesut Ozil: David Villa menghina agama islam, sebab itu saya marah!

Leo Messi menjadi wira Barcelona sekali lagi apabila menjaringkan gol kemenangan sekaligus menyaksikan Real Madrid ditumpaskan oleh seteru utama Barcelona dalam perlawanan SuperCopa di Nou Camp semalam.

Walaubagaimanapun, perlawanan menghiburkan itu dicemari dengan insiden pergaduhan di minit-minit terakhir permainan apabila bintang baru Barca, Cesc Fabregas dikasari pemain Real, Marcelo lalu dilayangkan kad merah oleh pengadil permainan.


Cesc Fabregas dikasari Marcelo

Insiden itu tidak tamat, sebaliknya pemain-pemain dan juga staf kedua-dua belah pasukan dilihat bergaduh antara satu sama lain dan menyaksikan pemain kedua-dua belah pasukan iaitu Mesut Ozil dan David Villa juga dibuang padang.

Rakaman video gagal menunjukkan insiden pertengkaran mereka tetapi berdasarkan sumber memetik bahawa selepas tamat perlawanan Mesut Ozil berkata:

"David Villa menghina agama saya, Islam. Sebab itu saya marah!"
Walaupun berita ini tidak mendapat liputan rasmi akan kebenarannya setakat ini, TETAPI jika benar ia berlaku maka David Villa seharusnya diambil tindakan segera kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan anti-Islam.

Selain pemain, Jose Mourinho juga mencuri perhantian apabila rakaman video membongkarkan beliau sempat untuk mencubit mata pembantu Pep Guardiola, Tito Vilanova. Memetik temu bual Pep selepas tamat perlawanan, beliau nyata tidak berpuas hati dengan tindakan Jose Mourinho itu.

Kesimpulan dari saya, pergaduhan sebegini akan terus berlaku antara Barca dan Real kerana kedua-dua pasukan bermain hanya untuk menang dan tidak boleh menerima kekalahan. Satu pasukan gemar main ganas, satu pasukan suka main drama ala-ala Singa-pura-pura. Memalukan! 

Sekian. 

Sila tonton rakaman video insiden memalukan itu di bawah:







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...