5 years ago
31 May, 2012
30 May, 2012
[Renungan]-Sepintas Mengenai Syria
Assalamualaikum wbt.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [49:10]
Mungkin ada yang sedar mungkin ada yang tidak, apa-apa pun, disini ingin ana tarikan pena lantas mencoret warkah tentang saudara kita di Syria.
Kebelakangan ini, telinga dan mata sering dihidangkan dengan kisah kekejaman dan penindasan yang berlaku di sana. Gambar-gambar ngeri, video-video menyayat hati dan tulisan-tulisan merobek nurani, cukup dijadikan bukti kesengsaraan mereka disana. Nauzubillah, sungguh dahsyat dugaan mereka.
Namun, berapa ramaikah yang betul-betul ambil tahu tentang kisah mereka? Mengapa semua ini terjadi? Apa sebab disebalik kekejaman yang berlaku disana? Nah, ingin saya kongsikan kisahnya serba sedikit disini, insyaAllah
Setelah mencapai kemerdekaan dari Perancis, Syria dijadikan negara yang berkepimpinan diktator. Majoriti penduduk Syria berpegang kepada ajaran Muslim Sunni, namun tidak pada pemerintahnya Hafeez Al-Saad yang berpegang teguh (baca:pelampau) kepada ajaran Syiah Nusairiyah. Hafez Al-Assad yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada Muslim Sunni, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Demikianlah kisah ringkas tentang kisah kebangkitan yang berlaku sekarang.
Saya juga ingin kongsikan sedikit tentang bentuk kezaliman yang dihadapi oleh penduduk Syria.
- Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
- 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
- Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
- 9000 tahanan ditahan.
- 413 orang telah syahid di dalam penjara.
- Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
- Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
- Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
- Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
- Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
Allahu Allah.
Maka, saya dengan rendah hatinya menyeru agar kita sentiasa mendoakan saudara kita di Syria. Doakan kesejahteraan mereka atas nama kemanusiaan dan saudara seIslam. Hulurkanlah bantuan untuk mereka dari segi kewangan. Boleh rujuk link ini Syrian Crisis Humanitarian Relief Fund jika ingin berbuat demikian. Rezeki bukanlah untuk dimiliki, namun untuk sama-sama dikongsi Boleh jadi sumbangan kita yang sedikit itu lah yang memberi kemenangan kepada Islam, siapa tahu kan?
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Wassalam.
p/s:Marilah sama-sama kita doakan orang Islam di sana agar terus kuat melawan kezaliman.
Allahu Akbar!!!
Labels:
basar assad,
sedih,
syria
Subscribe to:
Posts (Atom)