[ Tutup/Close ]

27 March, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!




signature

17 March, 2011

Apa Kata Mereka yang Sudah Menonton Hikayat Merong Mahawangsa




komen hikayat merong mahawangsa


Baca komen-komen mereka yang bersetuju bahawa Hikayat Merong Mahawangsa sangat best. Tahniah KRU Studios!


komen hikayat merong mahawangsa




komen hikayat merong mahawangsa


babak dalam filem HMM..




















Sumber:limau Ais






signature

15 March, 2011

Saintis telah menjumpai 5 planet baru?




Betul ke khabar angin mengatakan yang saintis Amerika dah menemui 5 planet baru di luar planet kite? Dan ditambah lagi, 1 planet tersebut diramal akan merempuh bumi pada 21 Mei 2011?! WTF! Baca lagi untuk maklumat lanjut!









Seriously it’s just a joke uolss. Jangan ade yang sentap pulak dengan kami yep. Kih kih kih. Gambar-gambar di atas ini sebenarnya hasil artwork Christopher Jonassen. Gambar yang diambil itu, adalah gambar bontot pelbagai jenis periuk.

credit to:http://mediamalaya.com/

signature

Qi &Yuna bercinta secara rasmi, update status hubungan di Facebook


Qi &Yuna bercinta secara rasmi, update status hubungan di Facebook


Nampaknya, pasangan remaja hawt Qi dan Yuna sudah secara rasminya bercinta. Ingat lagi masa temuramah oleh krew Melodi, masing-masing hanya malu-malu kucing bila bertanyakan soal hubungan dan hanya menjawab masih terlalu awal untuk mereka bercinta. Namun pada hari ini, Qi dan Yuna telah memberitahu semua peminatnya bahawa mereka kini dalam proses bercinta! Tahniah both of you, hindari gosip liar, We’ll be watching you. LOL!


credit to:http://mediamalaya.com/

signature

12 March, 2011

Takziah Kepada Jepun yang ditimpa Tsunami(PLG KUAT selama 140 THN)







Occurred at 14:46 JST 11 Mar 2011
Region name Sanriku Oki
Depth about 20km
Magnitude 8.8

Tsunami Warning/Advisory

Issued at 03:20 JST 12 Mar 2011

******************Headline******************
Tsunami Attension has been issued.
  KAGA AREA, ISHIKAWA PREF.
  FUKUI PREF.
  JAPAN SEA COAST OF KINKI/SHIKOKU
*******************Text********************
Tsunami Advisory

  *KAGA AREA, ISHIKAWA PREF.
  *FUKUI PREF.
  *KYOTO PREF.
  *NORTHERN PART OF HYOGO PREF.
  *TOTTORI PREF.
  *SHIMANE PREF.,EXCEPT OKI ISLANDS
  *OKI ISLANDS
  *JAPAN SEA COAST OF YAMAGUCHI PREF.

At the following coasts (* marks) tsunamis are
expected to arrive right away.
  KAGA AREA, ISHIKAWA PREF.
  FUKUI PREF.
  KYOTO PREF.
  NORTHERN PART OF HYOGO PREF.
  TOTTORI PREF.
  SHIMANE PREF.,EXCEPT OKI ISLANDS
  OKI ISLANDS
  JAPAN SEA COAST OF YAMAGUCHI PREF.

*******Tsunami forecast now in effect********

  IWATE PREF.
  MIYAGI PREF.
  FUKUSHIMA PREF.
  CENTRAL PART OF PACIFIC COAST OF HOKKAIDO
  PACIFIC COAST OF AOMORI PREF.
  IBARAKI PREF.
  KUJUKURI AND SOTOBO AREA, CHIBA PREF.
  IZU ISLANDS
  EASTERN PART OF PACIFIC COAST OF HOKKAIDO
  WESTERN PART OF PACIFIC COAST OF HOKKAIDO
  JAPAN SEA COAST OF AOMORI PREF.
  UCHIBO AREA, CHIBA PREF.
  OGASAWARA ISLANDS
  SAGAMI BAY AND MIURA PENINSULA
  SHIZUOKA PREF.
  WAKAYAMA PREF.
  TOKUSHIMA PREF.
  KOCHI PREF.

  PACIFIC COAST OF AICHI PREF.
  SOUTHERN PART OF MIE PREF.
  MIYAZAKI PREF.
  TANEGASHIMA AND YAKUSHIMA AREA
  AMAMI ISLANDS AND TOKARA ISLANDS
  SOUTHERN PART OF JAPAN SEA COAST OF HOKKAIDO
  MUTSU BAY
  TOKYO BAY
  ISE BAY AND MIKAWA BAY
  SOUTHERN PART OF AWAJI ISLAND
  BUNGO STRAIT COAST OF EHIME PREF.
  SETONAIKAI COAST OF OITA PREF.
  BUNGO STRAIT COAST OF OITA PREF.
  EASTERN PART OF KAGOSHIMA PREF.
  WESTERN PART OF KAGOSHIMA PREF.
  OKINAWA ISLANDS
  DAITOJIMA AREA
  MIYAKOJIMA AND YAEYAMA AREA
  ARIAKE SEA AND YATSUSHIRO SEA
  WESTERN PART OF NAGASAKI PREF.
  AMAKUSA NADA COAST OF KUMAMOTO PREF.

  OKHOTSK SEA COAST OF HOKKAIDO
  OSAKA PREF.
  SETONAIKAI COAST OF HYOGO PREF.
  OKAYAMA PREF.
  KAGAWA PREF.
  SETONAIKAI COAST OF EHIME PREF.
  AKITA PREF.
  YAMAGATA PREF.
  NIIGATA PREF.,EXCEPT SADOGASHIMA ISLAND
  SADOGASHIMA ISLAND
  TOYAMA PREF.
  NOTO AREA, ISHIKAWA PREF.
  HIROSHIMA PREF.
  SETONAIKAI COAST OF YAMAGUCHI PREF.
  SETONAIKAI COAST OF FUKUOKA PREF.
  NORTHERN PART OF JAPAN SEA COAST OF HOKKAIDO
  JAPAN SEA COAST OF FUKUOKA PREF.
  NORTHERN PART OF SAGA PREF.
  IKI ISLAND AND TSUSHIMA ISLANDS
  KAGA AREA, ISHIKAWA PREF.
  FUKUI PREF.
  KYOTO PREF.
  NORTHERN PART OF HYOGO PREF.
  TOTTORI PREF.
  SHIMANE PREF.,EXCEPT OKI ISLANDS
  OKI ISLANDS
  JAPAN SEA COAST OF YAMAGUCHI PREF.

***********About Tsunami Forecast************

Tsunami height is expected to be about 0.5 meters, Pay attention to tsunamis.


pesanan:takziah kepada jepun atas bencana yang melanda dan tabah menempuh tsunami.Semoga rakyat malaysia selamat d sana.



"Sesungguhnya sesuatu yang berlaku adalah disebabkan kerosakn yang dilakukan oleh manusia itu sendiri"..(renung-renungkan)
signature

09 March, 2011

Jangan Takut Kahwin Awal(Entri ke-100 khas untuk pembaca)..:D


Bagaimana  seorang pelajar tahun akhir universiti yang  hampir bunuh diri kerana  depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah  kehidupannya 180  darjah menjadikannya insan yang paling bahagia  di muka bumi ini dengan perkahwinan  di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari  hati dan mata pena beliau.

*****
 Kisah ini tiada kaitan dengan owner,just sekadar untuk share ape notes yang berjaya menambat hati ini untuk membacanya ketika khayal ber-fb.

permulaan cerita.....


Saya  berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami  saya  berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa?   Pasir?"



Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya  pernah  teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari  tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun,  saya  ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur,  saya  hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar  kehadiran suami saya yang sudah 4  tahun menunggu peluang. Pada mulanya,  saya ingat sekadar 'cinta  rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan  dan bercintan, suami saya  melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya  ingat satu gurauan. Akhirnya  si dia berani hubungi ayah saya dan minta  izin untuk berkahwin kerana  takut kehilangan saya lagi.

Ayah  saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat  ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2  bulan  untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan  saya  sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami   berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran,   tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti  ingin berikan segala yang terbaik untuk  bakal isteri anda.


Dan, kalau  anda perempuan seperti saya, semestinya  inginkan hantaran yang tinggi  (lulusan ijazah sekarang, hantaran  RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya  bukan jual diri, saya tidak  perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri  sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah  kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan  lulusan ijazah, saya ada tulang 4  kerat, dan saya boleh berusaha,  kenapa perlu mengharap dengan lelaki?  Suami bukan untuk dibebani, tapi  untuk disenangi. Isteri bukan untuk  dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos  kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran,  majlis,  belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan  masih  ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat  majlis  di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal  untuk  katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan  peralatan.  Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul  depan  orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu  belajar  tinggi-tinggi, tak dapat hantaran." 

Hai, ni mentaliti Barat.  Bagi yang  beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas  kahwin yang  penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan  untuk anak  pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin  bukan murah.  Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada  RM400-500. Tapi di  hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat  tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di  pasar? Harga lampin pakai  buang? Dan sekarang, anda masih terfikir  pelamin itu penting? Ini tak  kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.  Pening!!

Jadi jangan bebankan  diri anda dengan majlis perkahwinan yang  membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar  dengan suami tanpa rasa takut dan  malu, disentuh lelaki bukan mahram.  Dan suami saya tidak perlu takut  saya diambil lelaki lain seperti dahulu.  Apa semua yang pasangan bercinta  lakukan, kini kami lakukan dengan  halal. Dan kami boleh lakukan lebih  dari itu, dengan halal. Tidak perlu  risau. Kami aman dan bahagia. Saya  dan suami masih bercinta. Masih  belajar mengenal sesama sendiri. Dan  percayalah, tak guna bercinta  lama-lama. 

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk  anda. Saya dan  suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya  mampu tanggung  hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa  menyusahkan suami?  Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi  pelajar perubatan,  anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan  yang cemerlang. Saya  tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur  cintakan suami saya. Saya  tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa  senang dengan saya. 

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang  ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami  anda. Dan  bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima  kekurangan dan  kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian,  perbezaan itu  melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga  anda semua merasa tenang dan bahagia. 




- Artikel iluvislam.com 

Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau [I]option[/I] yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Dan  antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa  Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada  jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA  dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH  SAYANG dan BELAS KASIHAN." ([B]Surah Ar-Rum, 21[/B])



credit to:http://www.facebook.com/notes/gerbang-az-ziwaaj/jangan-takut-kahwin-awal/194127413945836


signature

01 March, 2011

Kutu SCARBIES(ilmu-ILMU mesti kene tau)!!







KUTU SCABIES
Tahukah anda bahawa kutu scabies boleh menyebabkan punca kepada penyakit kulit yang dipanggil Scabiesis. Penyakit ini sering menyerang anjing, kucing, arnab serta binatang berbulu yang lain. Dan ia juga boleh berjangkit kepada manusia. Kutu ini berukuran 0.2 mm hingga 0.4 mm. Ia boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Kitaran hidup kutu ini adalah berada di permukaan tubuh yang dijangkiti. Kutu betina akan membuat lubang di permukaan kulit sedalam beberapa centimeter untuk bertelur. Setelah bertelur beberapa kali, kutu betina akan mati. Dalam masa 3-8 hari telur menetas menjadi larva dan seterusnya menjadi kutu dewasa. Satu kitaran hidup memerlukan 2-3 minggu. Scabies boleh menyerang binatang tanpa mengenal usia ataupun jantina. 



Antara binatang-binatang yang dijangkiti.













Manusia yang dijangkiti Scabiesis













Ubatan yang digunakan untuk mengubati Scabiesis






kredit to:pangkahbulatblog


signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...